Bab 3 Sekolah

Drama Completed 2013

Asyik kene ejek kerana selelekeh dan comot,sudahlah tak pandai belajar,rupa pun tak menarik langsung,badan agak berbau,itulah kata kawan kawan sekolah yang sering di lempar pada aku.Di sebabkan itulah aku tak mahu bercampur dengan kawan sekeliling,aku malu.Kecuali hanya tiga orang itu sahaja kawan aku yang baik,Kartini,Saleha dan Zubaidah."Gane ni mung,tak lame lagi peperiksaan nak tibe,rasa rasa boleh berjaya dok",tanya Saleha."Ambe dah sedia,ambe tak sabar nak masuk mane mane Universiti",jawab Kartini dengan bangga.Begitu juga dengan Zubaidah yang tersenyum senyum sambil matanya melirik memandang pada aku menanti jawapan.Aku melepaskan hembusan nafas yang panjang,"Iye ambe tahu,yang ambe ni tak banyak beri tumpuan pada pelajaran,apa terjadi pun,ambe akan tetap akan melangkah keluar dari sini mencari pekerjaan untuk menanggung keluarga ambe",jawab ku."Mung nak gi mane,bukan mung ade mane mane saing selain kita kita ni je",tanya Saleha."Pandai la ambe nanti bile mane arah tiba",jawab ku."Lagi pung ambe kene banyak mengalah,biar ambe yang susah,jangan adik adik ambe susah yang dah sememangnya susah ni".Terdiam seribu bahasa oleh kawan kawan ku yang setia mendengar luahan hati aku.

Mahani adikku sangat memahami keadaan,tetapi tidak pada Midin adikku sorang lagi,kadang kadang Midin paham,dan ada masanya dia tak paham,oleh kerana Midin sering terikut ikut rentak kawan kawannya yang agak senang,ialah budak lelaki yang baru nak up la katakan."Kak Ziah,boleh tak belikan Midin kasut sekolah baru",teruk sangat dah terkoyak habis dah tapak,ye lah dah 3 tahun tak pernah tukar kan"?"punyalah cermat sangat pakai kasut sekolah,bila hujan,terpaksa bukak kasut masuk dalam plastik simpan dalam beg untuk bawa pulang.Berkaki ayam la menapak dari sekolah sampai kerumah.Begitulah kami adik beradik menjaga supaya tidaklah cepat rosak,bukannya berduit sangat asyik nak bertukar ganti,banyak keperluan lain lagi yang ayah dan mak nak fikirkan tentang adik adik yang masih kecil."Ok Midin,nanti kak Ziah belikan kasut baru",aku terpaksa juga belikan sebab dah tak boleh nak di selamatkan lagi kasut tu.

Petang setelah selesai melakukan kerja di bangsal Cik Yah,aku terus pergi ke kedai kasut dengan berbekal kan gaji yang aku dapat dari Cik Yah tadi.Dapatlah aku membeli sepasang kasut pallas dengan harga RM15.Setibanya aku di rumah,aku menyerahkan kasut sekolah baru pada Midin.Sungguh riang hati Midin."Terima kasih kak Ziah",baru ada semangat nak gi sekolah esok",ada kasut baru",kata Midin."Jaga molep Midin",cermat pakai tu",pesan mak pada Midin.Midin hanya mengganguk tanda paham."Wah best lah abang Midin ada kasut sekolah baru",Madi pun nak juga boleh tak kak Ziah"?,soal adik ku yang keempat iaitu Madi.Sebelum aku menjawab soalan Madi,mak terus menyampuk,"kasut mung kan masih elok lagi buat apa nak membazir",pakai je mana yang ada",mung ingat banyak ke gaji yang kak Ziah mung dapat"?,"abang Midin mung kasut ia koyak tercabut tapak nak pakai gane gi sekolah",terpaksa juga ganti","ye mak Madi paham,maaf mak",kata Madi pada mak."Dah gi makan sume,lepas tu buat kije sekolah,siap nnti tidur",kata mak pada adik adik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience