"Ziah lagi 2 hari kite nak bertolak gi kl,mung dah sedia mende mende yang nak di bawa ke?,..."lom agi abang aki,malang ni ambe kemas la,barang ambe dok banyak mane pung,skit je,..."ermmm siap la mane yang patut tu,...dari minggu lepas gi abang doh gi tahu ke saing abang yang abang nok tumpangkan ziah dumoh die,..."ooo ye ke,hoo time kasih banyak la abang aki,banyak sungguh tolong ke ziah ni,..."hok aloh mende kecik je ziah weh,...
"Mok nanti mahani ikut abang aki gi anta kak ziah gi kl deh,..."hooo bole bole molep deh,lagi pung ade abang aki mitok izing ayoh mung maring mase datang makang sini,...hooo gi la mahani,anta kak mung bole tengok gane tempat tinggal ia nanti,...mahani hanya mengganguk senyum.
Malam ini aku mula mengemas barang barang keperluanku untuk di bawa ke kl.hampir 1 jam aku mengemas barangan ku supaya tidak ada yang tertinggal.sedang aku mengemas barang,mahani muncul di muka pintu bilik sambil menghulurkan sebuah beg besar padaku.
"nah ambik ni,abang aki beri,ia tahu kite tak dop beg pakaian besar gini,sebelum ni pung nok gi mane nak ade beg besar oorrkk,..."hoo ye aarrr,..aku pun mula memasukan semua pakaian dan kelengkapanku ke dalam beg itu.siap mengemas,mataku terlalu mengantuk dan terus tertidur.
Awal pagi aku tersedar,jam menunjukkan tepat pukul 6.30...aku bangun terus mandi dan bersiap.mak aku yang berada di dapur sedang menyiapkan sarapan pagi dan di bantu oleh mahani.kami bersarapan bersama keluarga sementara menunggu kedatangan abang aki.tidak lama kemudian abang aki pun sampai dan memaking kan keretanya di hadapan rumahku,
dan melangkah masuk ke dalam rumah,yang di pelawa oleh ayahku.ayah menjemput abang aki bersarapan sekali,sambil menunggu mahani sedang bersiap.manakala midin dan madi membantu aku mengangkat beg dan barang barang ku dan letak di hadapan pintu rumah.
"ape ape nanti ambe gi tahu ke pokcik pasal ziah,usah risau deh,ziah akan tinggal dumoh saing ambe yang bernama faridah,...nanti bile ade mase lapang,bule ambe bawe pokcik mokcik gi tengok ziah,..."hooo ye ye,janji ziah selamat,pandai jage diri molep,..."midin,madi molep deh,tolong mok jage adik adik,pesanku..."mereka mengganguk serentak padaku.selepas aku bersalaman dan berpelukan dengan semua ahli keluargaku,aku terus masuk ke dalam kereta yang akan di pandu abang aki.aku duduk di belakang,manakala mahani duduk depan bersebelahan abang aki.
Tepat pukul 9 pagi kereta toyota vios berwarna hitam yang di pandu abang aki pun meninggalkan perkarangan rumahku.perjalanan pada pagi ini sungguh menyedihkan hatiku,aku tak pernah berjauhan dari keluargaku sebelum ni.perjalanan kami semakin jauh dan jauh.sehinggalah abang aki berhenti di perhentian gambang untuk kami solat,makan dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.hampir 1 jam kami di perhentian gambang itu,setelah selesai segalanya,kami memasuki kereta dan meneruskan perjalanan semula.
Di dalam kereta,aku banyak mendiamkan diri,hanya sekali sekala saja aku menjawab pertanyaan dari abang aki dan mahani,mahani yang banyak bersembang dengan abang aki.aku hanya mengelamun jauh sehingga aku tertidur.aku tersedar apabila kereta yang di pandu abang aki mulai tersengguk sengguk perlahan,rupa rupanya dah hampir di tol gombak untuk membayar tol.setibanya giliran kereta abang aki di hadapan pintu tol,abang aki menggunakan touch&go untuk melepaskan kenderaannya keluar dari tol gombak dan menuju ke arah anak panah sign board ampang.hanya hati kecil ku berkata,"selamat tinggal terengganu,dan selamat datang kuala lumpur,...hampir pukul 4 petang baru lah kami tiba di bukit indah ampang.terpegun aku melihat banggunan tinggi tersergam indah,sungguh cantik,aku di beritahu oleh abang aki yang banggunan tinggi ni namanya kondominium,di sinilah aku akan tinggal bersama kawan abang aki yang bernama faridah.
Share this novel