Hari berganti hari,minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan,tiba lah hari waktu peperiksaan akan bermula.Berdebar rasa di hati sewaktu mahu melangkahkan kaki masuk ke dalam dewan peperiksaan.Duduk dengan tenang,para petugas mengedarkan kertas kertas soalan.Kini..tibalah waktu untuk menjawab kesemua soalan soalan dalam waktu yang di tetapkan.Dengan lafaz bismillah,aku mulai menjawab segala soalan yang berada didalam kertas tersebut.Begitulah untuk hari seterusnya sehinggalah tamat peperiksaan yang sedang aku duduki sekarang ini dan cuti sekolah juga bermula."Horeyyy,lega dah hati ni,tak yah nak sibuk sibukkan diri lagi lepas ni",lagi pun minggu depan ambe dah start belajar kelas computer kat bandar",kata Kartini dengan gembira."Lusa ambe dengan family ambe nak gi melancong ke pulau langkawi selama 5 hari",tak sabar nak balik rumah dah ni",ambe balik dulu deh,kita jumpe semule bile ade mase lapang nanti",kata Zubaidah pula."Ambe dengan mak pule nak gi kelantan duduk rumah kakak,sebab kakak baru bersalin",kata Saleha."Ambe macam biasa la bantu mak menguruskan rumah tangga dan kerja di bangsal Cik Yah",kataku.Kami pun berjalan dan pulang ke rumah masing masing.
Aku duduk di jendela sambil mataku merenung ke arah bintang bintang di langit,dengan angin sepoi sepoi bahasa,melibas lembut ke mukaku,sambil aku mengenangkan nasib aku dan keluargaku."Mana arah tuju yang aku nak gi lepas ni,apa kije yang aku nak buat"?,mane nak dapatkan duit lebih,jika aku nak keluar dari kampung ni"?,kalau nak keluar dari kampung,mesti nak ade duit untuk tambang,makan minum,tempat tinggal",huh dalam berapa banyak duit agaknya"?,aku mengeluh sendiri."Aku akan cube cari kije kat area bandar dulu untuk kumpul duit,dalam masa 3 bulan ni,sehingga keputusan SPM keluar,dah tu baru aku mikir cam mana nanti,yang penting aku kene cari kije kumpul duit dulu",aku berkata sendiri."Walau cam mana sekali pun,aku akan tetap berusaha,tak kiralah aku lulus ke gagal ke,yang penting aku kene bantu keluarga aku ni",aku bertekad yang di saksikan oleh bintang bintang di langit.
"Ziah,lepas ni ape rancangan mung,ade mende mende ke yang mung nak buat sementara nunggu keputusan SPM dalam masa 3 bulan ni selain kije kt bangsal mak ambe ni",tanya Syira padaku."Ye,ade gok,rasa rasa nak gi cari kije kt bandar nu,dapat lebih sikit pendapatan ambe",jawabku,"Ambe ade saing nak pakai pekerja kat kedai kasut,gaji sebulan dapatlah dalam RM700,mung nak"?,soal Syira."Dah tentu ambe nak",banyak gaji tu,boleh boleh ambe nak ambe nak",...."Esok jom ikut ambe gi bandar jumpe saing ambe,dalam kul 10 pagi kita gi deh",..."Bereh kita jumpe sini esok".
"Mak doakan Ziah dapat kije kt kedai kasut tu ye",..."Iye Ziah,mudah mudahan,kalau allah kate ade rezeki Ziah kt situ,mesti Ziah dapat,insyaallah",..."Ziah gi dulu ye mak",sambil tersenyum lalu aku berlalu pergi."Huh lagi 10 min nak pukul 10,jom la kita gi syira",...sambil berjalan menuju ke perhentian bas bersama syira.Kami menaiki bas untuk ke bandar dengan harga tambang RM1.50 seorang.
Alhamdulillah,aku di terima bekerja di kedai kasut itu mulai awal bulan depan,kerana lagi beberapa hari saja nak sampai awal bulan depan."Terima kasih syira sebab mung tolong ambe carikan kije ni",ye la walaupun hanya untuk sementara waktu aje",..."sama sama,janji mung kije molep jangan beri malu ambe deh",...hoooolaaaa kami bergelak ketawa.
Share this novel