Chapter 5

Romance Completed 19178

BAB 5

Malam itu aku dipanggil husin untuk ke rumahnya. Katanya ada satu majlis kesyukuran. Aku segan kalau menolak kerana husin satu-satunya kawan baik aku dan bos aku.

“Ibu, lisa minta izin untuk pergi rumah bos boleh. Ada kenduri.” Pintaku kepada ibu.

“ Tapi jangan balik lambat sangat. Lagipun malam-malam ni. Risau ibu.” Balas ibu.

“Itu ibu jangan risau. Lisa janji sebelum pukul 9.30 lisa balik.” Kataku. Ibu mengangguk.

“Terima kasih ibu. Pergi dulu.” Aku bergegas turun selepas menyalami ibu. 

Aku sudah berada di depan rumah husin. Cuma tunggu untuk masuk je. Boleh tahan ramai juga orangnya.
Masuk saja ke rumah husin, orang pertama yang aku nampak mestilah husin.

“ Sampai pun. Ingatkan tak datang.” Kata husin. Aku tersenyum.

“Mestilah. Lagipun awak kawan saya dan bos.” Balasku.

“Ye la tu. Mari saya perkenalkan awak dengan seseorang.” Aku hanya menurut.

“Lisa ini azam. Azam ini lisa.”  Terkejut.

“  Kau lagi.” Ujarku tidak puas hati. Azam tersengih.

“Korang dah kenal rupanya.” Kata husin.

“Mestilah sebab orang ni yang buat saya benci dulu.” Balasku. Pantas aku meninggalkan   mereka.

Aku ternampak kelibat zahira yang sedang berbual itu. Aku mengambil keputusan untuk ke situ.
Tapi belum sempat aku melangkah azam memanggilku.

“Kau nak apa lagi?” tanyaku sedikit kasar.

“Saya nak awak boleh?” aku menjegilkan mata. 

“ Kau ingat aku ni apa. Sudahlah. Setelah apa yang kau buat padaku dulu. Tidak senang ingin aku menerima kau semula.”

“Saya serius lisa. Saya tak nak awak dirampas oleh husin. Saya cintakan awak setulus hati saya lisa.”
Husin? Apa kena mengena husin dengan hal ni.

“Husin?” tanyaku.

“Ya. Husin pun ada perasaan kat awak. Saya dapat tahu selepas dia memberitahu saya.” Aku terkedu.

“ Tapi… tak mungkinlah. Ini rancangan awak kan. Jangan ingat saya nak terpedaya sekali lagi.” Aku tahu ini mesti rancangan azam. Tak mungkin husin ada perasaan dekat aku. Selama ini ok je sebagai kawan.

“Apa yang azam kata tu betul lisa.” Aku tersentak dan menoleh ke belakang.

“ Tapi…” lidahku kelu untuk berkata-kata. Apa yang aku nak jawab ni.

“ Tapi apa? Awak anggap saya tidak lebih sebagai seorang kawan?” kata husin. aku menggeleng pun tak mengangguk pun tak. Aku hanya berdiam diri.

“Saya tahu awak mungkin tidak ada perasaan sikit pun kepada saya. Saya tahu itu.” Aku masih terkejut akan pernyataan itu.

Aku melihat azam dan husin silih berganti. Tidak sangka dua orang manusia  ini jatuh  hati dekat aku. Tapi seorang hanya sebagai kawan dan seorang lagi yang aku benci. Apa semua ni? Ya Allah tolonglah aku.

“Lisa..” panggil azam.

“ Cukup. Saya tidak mahu dengar apa-apa lagi. Semua itu amat tidak saya sangka. Jadi tolong jangan ganggu saya. Berikan saya masa untuk berfikir.”

Pantas aku berlari keluar dari rumah itu. Perkara ini berlaku begitu pantas sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience