Chapter 4

Romance Completed 19178

BAB 4

Tatkala aku sampai di depan rumah. Aku melihat sebuah kereta vios yang berada di depan rumahku.
Siapa pula yang datang ni.

“Ibu, itu kereta siapa?” tanyaku apabila terlihat ibu.

“ Saya.” Suara itu… aku menoleh ke belakang. Aku terlopong.

“Kenapa? Terkejut?”

“Apa yang kau buat di sini?” tanyaku sedikit keras.

“Lisa. Kenapa cakap macam tu. Tetamu kan.” Tegur ibu.

“ Ibu. Kenapa ibu terima dia lagi setelah apa yang dia buat kat kita dulu.” Ujarku dalam nada geram.

“ Itu sudah lama lisa. Lagipun sudah 3 tahun. Nanti ajak dia masuk. Ibu masuk dulu.”

Ibu ni pun bela dia lebih-lebih.

“Awak masih marahkan saya?” tanya azam. Aku mendengus.

“ Perkara itu masih tersimpan kemas dalam hati tahu. Aku  tidak akan lupakan nya. Tapi mungkin dulu aku  cuba lupakan. Lagipun sudah lama. Tapi selepas kau  kembali , sory la.”
Azam tersenyum.

Boleh lagi tersenyum ye. Meluat la tengok dia ni.
“ tak sangka awak masih belum berubah.” Ujarnya. Amboi. Nak berbasa-basi pula.

“Well cik azam. Ikut suka sayalah nak berubah ke tak. Lagipun ini hidup saya. Langsung tidak kena mengena dengan cik azam ye.” Puas hatiku. Belum sempat aku melangkah pergi ,dia berkata.

“Saya tahu awak masih marahkan saya tapi saya betul-betul suka dekat awak. Takpa lah kalau awak tidak mahu terima cinta saya tapi saya akan terus-terusan memikat awak. Percayalah.” Suaranya itu buat aku terkedu. Kenapa aku rasa sedih dan terkilan. Biarlah bukan urusan aku pun. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience