Chapter 3

Romance Completed 19178

BAB 3

 Hati aku rasa gembira apabila azam ingin menolong kami sekeluarga. Katanya dia akan menderma kepada kami sejumlah wang. Mula-mula aku tak nak terima tapi atas dasar kebaikan dan kesungguhan azam. Aku tidak mampu menolak. 

Dalam perjalanan pulang dari pejabat aku ingin pergi jumpa dengan azam di satu restoran. Sebagai ucapan terima kasihku kepadanya.

Selepas  mengunci kereta aku pun masuk ke dalam restoran itu. Mata aku mencari-mencari kelibat azam. Saat aku menoleh ke kiri aku ternampak azam dan seorang lelaki. Mungkin rakannya. Aku teus menapak ke situ. Mereka tidak nampak aku kerana aku berjalan membelakangi mereka.

Belum sempat aku ingin menegur azim aku terdengar namaku disebut mereka. Jadi aku mengambil keputusan mendengar percakapan mereka. 

“ Weh cam na. dia terima tak pertolongan kau tu.” Kata rakan azam.

“Ya. Begitu susah dia nak terima. Tapi selepas aku pujuk dia terima juga.” Balas azam.

“Tula. Nasib baik ini rancangan aku. Kalau tidak mungkin sampai bila-bila kau susah nak tackle dia.”

Tackle? Apa maksudnya.

Tula. Selepas dia terima duit tu dia gembira sekali. Aku pun turut gembira sekali. Biarlah wang aku habis pun aku sanggup.”

“Dari dulu lagi aku suruh buat kau tak nak . Sekarang baru nak buat. Tapi okla.”

Ya Allah. Rupanya itulah rancangan sebenar azam. Aku ingat dia benar-benar ikhlas menderma. Tapi sangkaan ku meleset. Tergamak kau azim.

Aku menekup mulut tanda yang amat terkejut. Aku ingin beredar dari situ. Ya secepatnya. Baru saja aku memusingkan badan aku terlanggar seorang pelayan. Dan pelanggaran itu menarik perhatian azam dan rakannya.

“Lisa. Awak  dah lama sampai?” tanya azam. Riak mukanya kelihatan terkejut sekali.
Tanpa segan silu air mataku mengalir di situ.

“Tergamak kau azam. Aku ingat kau ikhlas. Tapi sangkaan ku  meleset. Ternyata itulah tujuan kau. Mujurlah aku cepat. Kalau tak mungkin sampai sekarang aku tidak tahu.” Luahku keras.

“ Lisa. Awak  dah salah faham. Apa yang awak  dengar tu tak seperti yang awak  sangkakan”

Aku menggeleng.

“Sudahlah azam. Hentikan semua ni. Kau jangan risau duit tu aku akan pulangkan semula. Aku tidak akan ambil sesen pun.” Aku pantas keluar dengan linangan air mata.

“Marlisa!!!” laungan azim tidak aku hiraukan. 

“Lisa?” teguran husin mematikan lamunan ku yang berlaku 3 tahun yang lalu.

“Ya saya.” Balasku.

“Awak kenapa?” tanya husin.

“ Tak ada apa lah. Jangan risau.” Aku tersenyum. Kalau boleh aku tak nak ingat semua itu. Tapi entah mengapa tiba-tiba aku teringat. Setiap kali aku teringat pasti hati aku sakit sangat.

“ Mesti ada apa-apa ni. Kalau begitu awak balik awal la hari ini. Risau saya tengok awak.” Prihatin sungguh husin. Kan bagus azam pun macam ni. Tapi tak sama sekali.

“ Tapi kerja ni macam mana?” tanyaku.

“Kau jangan risau lisa. Aku kan ada.” Ujar zahira yang merupakan rakan sepejabatku.

“ Baliklah. Zahira kan ada.”

“Baiklah kalau begitu. Saya balik dulu.” Dengan perlahan-lahan aku meninggalkan pejabat itu. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience