Chapter 1

Romance Completed 19178

BAB 1

‘Wohoho…’ mengantuknya. Berapa kali dah hari ini aku menguap. Aku rasa kali ini sudah masuk lima kali dah. Menyesal aku tidur lewat semalam. Tengok drama korea la ni. Haih… mana boleh tinggal. Drama korea ni gambar kegemaranku.

“Marlisa” tegur bos atau senang di panggil husin.

“Ya bos.” Balasku.

“Saya tengok awak dari tadi asyik menguap je.” Ala rupanya dia nampak.

“Saya tidur lambat semalam.” Kataku sambil tersengih.

Dia la ni. Ikutkan hari ini aku cuti. Biasala hari sabtu. Tapi pagi-pagi tadi suruh aku ke pejabat. Ada hal penting katanya. Aku pun apa lagi terpaksalah pergi.

“Tengok drama korea la tu.” Perli husin.

“Mana boleh tinggal. Lain la bos. Tak minat drama korea.” Husin hanya tersenyum.

Husin ni sebenarnya anak kepada tuan pejabat yang aku sedang kerja ni. Dulu hampir dua tahun dia bekerja sebagai orang biasa. Tapi sekarang dia yang menjadi bos bagi menggantikan ayahnya yang telah bersara. Jadi kalau panggil bos sekali sekala tu boleh la. Kalau selalu segan pula sebab dulu kami ni kawan. 
Lagipun umur sama. Lagi la segan kalau panggil bos. Huhuhu.

“Amboi. Sempat lagi dia mengelamun.” Aku tersengih. 
 
“Apa yang bos nak ni.” Tanya aku.

“ Tak. Saya Cuma nak beritahu awak yang awak boleh balik dah. Lagipun sudah tengah hari ni.” Haah. Betul juga. Perut aku ni pun sudah berkeroncong ni.

“Okla. Kalau begitu saya balik dulu. Tapi yang lain?”

“ Mereka saya sudah maklumkan terlebih dahulu. Mereka akan pulang sebentar lagi.” Aku mengangguk faham.

“Saya belanja awak boleh?” ajaknya. Aku yang sedang mengemas barang mendongak.

“ Tak usah lah. Lagipun saya boleh makan sendiri.” Tolakku secara baik.

“ Tak apalah. Lagipun anggap la ini sebagai ganjaran sebab awak sudi datang hari ini.” Pinta husin sekali lagi. Aku apa lagi yang hendak dikatakan. Setuju je lah. Anggukan aku membuatkan dia tersenyum.

“Ok saya tunggu awak di bawah.” Ujarnya lalu berlalu pergi.Ada-ada saja la dia ni.                                                                                                                                        
“Terima kasih kerana belanja saya makan.” Ucapku ketika di dalam kereta husin.

“ Tak adalah. Saya memang ikhlas belanja awak pun.” Balasnya. Aku tersenyum.

Husin ni memang baik orangnya. Jarang tengok dia suka marah-marah. Mukanya yang sedikit hensem tu pun boleh memikat hati perempuan di luar sana.

Aku jatuh cinta kepadanya? Tolonglah. Tidak terdetik langsung di hatiku untuk menyukai husin ni.    

“ Lisa. Dah sampai.” Kata husin mematikan lamunan ku. Aku tidak meminta untuk terus hantar ke rumah kerana aku ada kereta. Kereta aku tinggalkan  di pejabat.

“ Terima kasih sekali lagi. Saya pergi dulu.” Ucapku sekali lagi lalu berlalu ke kereta kancil ku.  

Aku ni mana la ada duit nak beli kereta mahal-mahal. Sekadar boleh bawa pun sudah cukup. Lagipun semenjak arwah ayah meninggal. Aku sangat perlukan duit untuk menyara keluargaku. Ibu dan adik kembarku hanya bergantung kepadaku.   

            

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience