Chapter 6

Romance Completed 19178

BAB 6

Bila difikirkan balik. Semua yang berlaku sebelum ni macam mimpi. Tapi sebenarnya tak. Itu memang sudah terjadi dalam hidupku.

Sekarang keadaannya berubah sama sekali. Apabila di pejabat, aku sering mengelak daripada berjumpa dengan husin. aku malu. Cuba kalau semua orang dalam pejabat itu tahu. Mana aku nak letak muka aku ni. 
Tak sanggup aku kalau jadi buah mulut orang.

Hampir seminggu juga perkara itu berlalu. Itu juga bermakna aku tidak bersemuka dan bercakap langsung dengan husin. jadi aku mengambil keputusan untuk bercuti buat beberapa hari. 

Semenjak dari kejadian itu juga, azam sering menelefon ke rumahku. Aku tak tahu kenapa.  Aku keliru. Aku juga tidak nafikan yang 3 tahun dulu memang aku ada sedikit perasaan terhadap azam. Tapi peristiwa itulah yang memadamkan perasaan aku terus kepadanya. Sungguh sukar ingin membuat keputusan.

Deruman enjin kereta mengejutkan aku. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni. Aku malas untuk melangkah ke luar bilik. lagipun tiada  orang di rumah. Jadi aku biarkan jelah.

Baru aku nak tertidur ada orang baling batu ke tingkapku. Siapala yang nak buat kacau pagi-pagi ni. Orang nak tidur pun tak sedap.    

Sekali lagi. Aku bertambah berang. Aku mengambil keputusan membuka tingkap.

“Hoih… apa baling-baling ni.” Jeritku. Aik tak ada orang pun.

“Janganlah main-main dengan aku.” Laungku lagi.

“Bangun juga ye.” Suara lelaki. Pantas aku masuk ke dalam semula lalu menyarungkan tudung.

“Kau siapa?” aku tak dapat cam siapa kerana dia pakai cermin mata dan baju sejuk.
Selepas itu dia menanggalkan cermin matanya.

“ Buat apa kat sini?” tanyaku.

“Saya nak jumpa awak. Turunlah.” Ujar azam.

“Buat apa?” tak nak aku.

“ Saya ada sesuatu nak beritahu. Please…” aduh… dia dah buat dah muka kesian dia tu.

“Kejap.” Putusku.

“Kenapa?” kataku sedikit kasar selepas turun ke bawah.

“Boleh kita duduk?” pintanya. Mengada-ngada. Aku duduk di kerusi yang berada di bawah pokok. Dia hanya berdiri.

“Sekarang cakaplah.” Suruhku tanpa melihat wajahnya.

“Sekarang awak mesti tengah tertekan kan? Yela tak tahu nak buat pilihan. Lagipun awak masih belum dapat maafkan saya.”

“Maksud awak?”

“Saya akan lepaskan awak. Pergilah awak ke husin. pasti dia akan menjaga awak dengan sebaik mungkin.” Aku terdiam. 

“Maaf kalau selama ini saya buat awak bencikan saya. Tulus saya katakan yang peristiwa dulu itu adalah salah faham. Saya ikhlas dan betul-betul cintakan awak. Tak ada niat langsung di hati saya untuk permainkan awak. tapi   perasaan awak siapa yang tahu kan? “

Aku masih berdiam diri. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Mulutku bagaikan terkunci.

“Sekarang saya akan cuba lupakan awak. Selepas ini awak jangan risau. Saya tidak akan mencari awak dan awak tidak akan berjumpa dengan saya. Hujung minggu ni saya akan ke London semula. Mungkin saya tidak akan pulang ke sini semula.”

Aku terkedu. Kenapa begitu sekali. Bagus juga dia pergi dari hidupku. Taklah aku benci sangat. Tapi sekarang lain. Aku rasa sayu dan sedih. Kenapa?

“ Saya harap awak berbahagia dengan husin. ahad malam ni dia akan menjemput awak untuk makan malam di rumahnya. Saya harap awak pergi dan jangan menghampakannya.” Selepas azam berkata demikian dia pun berlalu ke kereta nya.
Aku hanya melihat.

Tiba-tiba dia menoleh.

“Lisa. Tapi kalau awak dapat maafkan saya di atas peristiwa itu dan kalau awak dapat terima cinta saya. Saya tunggu awak malam ahad ni lapangan terbang. Kalau awak tidak datang saya tahu jawapan awak yang sebenarnya.”
Selepas itu dia menghilang bersama dengan keretanya. 

Aku sepatutnya gembira tapi sedih. Adakah perasaan aku yang dulu masih ada. Takkanlah. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience