Chapter 8

Romance Completed 19178

BAB 8

Tergopoh-gopoh aku lari masuk ke lapangan terbang. Aku mencari kelibat azam. Tapi masih tidak berjumpa. Apasal la aku pakai baju kurung.

“ Lisa awak cari sebelah kanan. Saya cari sebelah kiri.” Ujar husin.
Aku mengangguk dan menghala ke kanan. Mana azam ni. Takkan dia dah naik. Masih ada 15 minit lagi.

“Azam!!!” laungku akhirnya.

Aku berlari ke kanan dan ke kiri tapi masih tidak jumpa. Hampir aku putus asa. Aku macam ternampak azam. Aku bergegas ke situ. Saat aku melaungkan nama nya dia tidak menoleh. Aku pasti itu dia.

Sampai saja aku di belakangnya aku memanggil namanya.
 Tapi apabila menoleh, ternyata bukan azam.

“Maafkan saya.” Ucapku. Aku berlalu semula ke belakang dan duduk di situ. Tanpa dipinta, aku menangis di situ.

“ Kau dah pergi. Kau janji akan tunggu aku. Mana janji itu?” kataku dalam tangisan.

“ Janji itu sudah ditunaikan.” Suara itu. Aku mendongak.

“Azam!!!” laungku ceria.

Azam tersenyum.

“ Saya ingat awak sudah pergi.” Kataku lalu menyeka air mata. sekarang aku tidak gunakan lagi kau dan aku.

Ya betul. Tapi husin sempat menghalang. Dia beritahu yang awak sedang mencari saya..” balasnya

“Husin di mana?”

“Dia sudah pergi.” Aku harus jumpa dia dan ucapkan terima kasih. Kalau bukan dia pasti sampai sekarang azam tidak dapat aku jumpa.

“Kenapa awak menangis?” tanya azam. 

“Awak rasa?” aku sengaja mengusiknya.

Azam tersengih. “kerana saya?” aku tersenyum.

“ Awak dapat maafkan saya dan terima cinta saya?” aku sekali lagi tersenyum.

“Apa makna senyuman itu. Beritahulah.” Gesanya.

“Ok. Ya saya dapat maafkan awak. Saya juga terima cinta awak. Sebenarnya 3 tahun lepas saya ada sedikit perasaan dekat awak. peristiwa itu buatkan saya lupakan perasaan itu. Tapi sekarang saya kembali jatuh hati dekat awak.” Akhirnya terluah juga apa yang tersimpan di hati.

Azam tersengih. “inila jodoh kita. Jadi esok saya boleh datang meminang awak?” tanya azam sambil tersengih. Aku semakin malu. Aku tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi.
Aku berlari meninggalkannya.

“Lisa!! Wait me!!” laungnya.  Sekadar aku sedar perasaan cinta itu datang tanpa diundang. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience