Chapter 7

Romance Completed 19178

BAB 7

Seperti yang dikatakan azam. Malam ahad itu husin menjemputku. Demi tidak menghampakan hati ibu dan husin aku terima perlawaannya itu.

Semasa bersiap, irah masuk ke dalam bilikku.
“akak. Ini ada surat dari abang azam.” Hulur irah surat itu kepadaku.

“ Abang azam akan bertolak pukul 10 malam.” Sambung irah lagi. Aku hanya mendengar. Selepas irah keluar aku membuka surat itu dan membacanya. 

Salam marlisa…
Sekarang awak mesti ingin pergi ke rumah husin kan? Saya tahu itu. Saya doakan awak bahagia dengannya. Saya tarik balik kata-kata saya minggu lepas. Saya mungkin tidak dapat lupakan awak. Awak tetap berada di dalam hati saya. Saya masih mengharapkan yang awak akan datang malam ni. Jadi jika awak berubah fikiran, saya akan tunggu di sini. Saya harap sangat awak datang.
Azam. 

Tiba-tiba aku menitiskan air mata tanpa di pinta. Terharu sekali aku rasakan. Kenapa aku jadi begini.
Akak. Ibu suruh cepat.” Tegur irah. Pantas aku menyeka air mataku.
Perlahan-lahan aku menapak ke ruang tamu.

“Kami pergi dulu makcik.” Kata husin. aku hanya tersenyum. Tapi senyuman yang pahit sekali aku rasakan.

Dalam perjalanan, aku asyik teringatkan azam. Entah mengapa. Sekali lagi tanpa dipinta air mataku menitis.

“lisa kenapa ni?” tegur husin. aku menyeka air mataku lalu menggeleng. Adakah aku jatuh hati sekali lagi dekat azam? Ya Allah berilah aku petunjuk-Mu.

“Awak nak tahu tak. Sebenarnya ini cadangan azam. Kalau bukan dia yang rancang ini, mungkin sekarang awak tidak akan ikut saya berjumpa dengan keluarga.” Kenyataan husin jelas sekali buat aku terkejut.

Sekarang aku tahu apa yang terbaik untukku.

“Awak saya minta maaf.” Kataku dengan air mata yang mengalir.
Husin memberhentikan kereta dan melihat ku.

“ Apa maksud awak?” tanyanya.

“ Maaf. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya setuju terima perlawaan awak sebab tak nak lukakan hati awak dan ibu. Saya juga tidak tahu kenapa saya rasa sedih sekali apabila azam ingin  pergi dari sini.” Jelasku. Husin terdiam. Kelihatan seperti dia terkejut.

“Sebenarnya saya tidak sedar yang saya kembali jatuh hati kepada azam. Saya nafikan semua itu kerana saya benci dia. Tapi sekarang lain pula. Saya tidak dapat terima cinta awak. Maafkan saya.” Sambungku lagi. Air mataku semakin galak mengalir.

“Saya minta maaf sangat-sangat,” husin menggeleng.

“Tak. Awak tak salah. Itu pilihan awak. Awak berhak membuat keputusan demi masa depan awak. Saya tahu azam begitu tulus mencintai awak. Mungkin itu jodoh awak. Takkan saya nak halang pula.” Balas husin sambil tersenyum.

“Terima kasih kerana memahami dan sudi memaafkan saya. Saya kena pergi sekarang.”  Pantas aku keluar dari kereta.

“ Marlisa!!!” laungan husin buatkan langkahku terhenti. Aku menoleh ke belakang.

“Naiklah. Saya bawa awak pergi jumpa azam.” Ajaknya.
Aku mengangguk dan tersenyum. Tunggu aku azam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience