BAB 1

Romance Completed 7273

“Eh Ton, tadi kan abang senior yang muka macam muka pelakon Korea dalam cerita My Girl, Lee Dong Wook tu lalu tepi aku beb..tergoda iman aku..”. Em inilah cerita lapuk yang wajib aku dengar dari mulut si Jasmira ni. Tiap-tiap hari pulak tu. Dah naik tersumbat telinga aku dibuatnya.

“Ala kau ni Jas, kalau dah suka aku cadangkan kau g terus terang kat dia.. Naik gila aku tengok kau camni..”

“Ishh gila kau Ton. Malu la aku. Tak manis orang tua-tua cakap. Macam apa tu…timba cari baldi kan?” Tau pun malu minah ni. Tapi yang tiap hari panas telinga nak mendengar ceritanya, aku ni la. Tapi macam sumbang pula peribahasa dia tadi.

“Oit mana la kau belajar peribahasa tu cik Jas..”

Jasmira merupakan rumate aku sejak di semester satu lagi. Gaduh, ketawa, gila-gila dah kami lalui bersama.

**********

Amzar ralit memandang sekumpulan gadis cantik di hadapannya. Memang mata keranjangnya galak dan liar meneliti setiap seorang daripada gadis-gadis itu.

“Wow cun-cun beb..kalah artis tu Riz..geram aku tengok..” Khusyuk benar dia memerhatikan pelajar perempuan yang sedang lalu lalang di hadapan kafeteria. Diamatinya satu persatu gadis-gadis yang berpakaian menjolok mata tersebut.

“Hoi tak cukup ke yang satu tu..nak tambah lagi ..?” Hariz sudah cuak dengan perangai sahabat karibnya itu. Kasihan si Esah Cun..dapat pakwe macam hantu..

“Ahh biar la..masa bujang ni lah masa nak cuci mata beb..kawin nanti bini kontrol habis…Lagi pula dia tu tak layak kot jadi bini aku..” Ketawa Amzar memecah kesunyian di kafeteria.

Memang semua dah arif lagi masak dengan perangai playboy si Amzar ni. Tapi dalam perangai playboynya, budi bahasa sebagai anak muda jelas tinggi dalam dirinya. Mungkin dek kerana didikan yang kuat dari bonda tercinta ditambah pula dengan kesusahan hidup yang membelenggu dirinya sejak lahir lagi.

Syukur Alhamdulillah berkat usaha bonda serta kakak sulungnya membuahkan hasil apabila berjaya membuka perniagaan kedai makan dan sekarang telah berkembang dengan majunya kerana berjaya membuka dua buah restoren masakan kampung di ibu kota.

“Ala ikut suka hang la ..jangan kacau makwe aku sudah…” Nizam seakan memberi amaran agar buah hatinya, si Shiela tak dikebas Amzar.

Baginya Shiela adalalah gadis pertama dan terakhir dalam hidupnya. Perwatakan yang sopan santun lagi budi bahasa serta penampilan yang cukup sopan membuatkan dia tertarik pada gadis pemilik nama Anis Shiela Nurani, sesedap nama semanis orangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience