BAB 8

Romance Completed 7273

Jas menghampiri pintu rumahku. Kelihatan dua orang lelaki berdiri bersandarkan kereta mitsubishi evolution di depan pagar rumah. Kelihatan juga kereta Perodua Kancil milik Jas.

“Ton.. aku datang nak minta maaf. Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku ambil kesempatan atas kebaikan kau. Aku jahat Ton, jahat!!” Disembamkan mukanya di bahu aku.

“Sudah lah..jom masuk dulu. Ajak la sama yang kat luar tu..”

Puteri hairan dan takut dengan kehadiran tiga insan asing dalam dirinya.

“Puteri meh kat mama sayang..”. Jas memangil Puteri sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya, namun pantas sekali Puteri berlari dan membenamkan tubuhnya di atas pahaku.

“Ni bukan Amzar?” Sedari tadi mataku memandang seorang jejaka yang duduk bertentangan denganku. Tak selesa rasanya apabila lelaki itu asyik merenung aku.

“Alamak lupa nak kenalkan. Ni suami aku Khairul yang hujung tu sepupu suami aku, Ammar. Aku dah betul insaf Ton. Khairul dah banyak bimbing aku..”

Jadi Khairul inilah Putera Am? Kenapa nak lupa satu benda kena hadapi banyak halangan..?

‘’Jemput minum semua. Air bujang ja”. Aku semakin tak selesa. Tapi kenapa muka Ammar sebijik macam Amzar? Ah malas pula aku nak bersoal siasat dekat sini. Tiba-tiba Puteri datang dari arah dapur.

“Ibu, kata nak g kfc? Puteri dah siap..” Jas hanya memandang hiba anak kesayangannya bersikap dingin dengannya. Salahnya juga.

“Sayang nak pergi kfc? Uncle ikut boleh?” Tiba-tiba Ammar memberi cadangan.

“Nak nak…uncle belanja..” Suka Puteri.

“Puteri sayang. Tak baik camtu. mama datang tengok Puteri ni..” Aku menunjukkan jariku ke arah Jas.

“Ibu la mama Puteri. Puteri tak kenal mak cik tu..” Puteri yang baru berusia 5 tahun sudah petah berbicara. Lagaknya macam orang dewasa. Cerdik.

Jas kelihatan sedih.

“Ton, terima kasih sebab tolong jagakan anak aku. Hari ini, biarlah aku tebus segala kesilapan aku pada kau..”

Aku semakin pelik dengan kenyataan Jas.

“Kenapa ni Jas?”

Jas merapatkan tubuhnya disebelahku. Digenggam erat jari jemariku.

“Beberapa tahun lalu kau suruh aku jumpa Putera Am kan. kau ingat lagi?”

Aduh, baru aku nak luputkan sejarah lampau tu. Kenapa kau ungkit balik Jas.

“Ah lupakan jela benda dah lepas. Aku pun dah tak nak ingat lagi.”

Jas memandang ke arah sepupu suaminya, Ammar yang sedari tadi asyik merenungku. Air mata Jas mula bergenang. Aku pandang wajah Khairul iaitu Putera Am, menunggu mungkin dia akan membuka mulut.

“Saya Putera Am awak. Sampai hati awak nak lupakan saya Ct Orked.” Satu suara keluar dari mulut Ammar.

Aku menjadi semakin bingung. Habis Khairul ni siapa pula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience