BAB 3

Romance Completed 7273

Amzar melihat kelibat dua orang gadis yang menuju ke arahnya. Yang seorang tu macam kenal sangat. Alamak Ton selekeh la!!! Ish kenapa si Jasmira bawa kawan dia tu..Jatuh standard aku awek-awek nampak nanti…

Jasmiran dan Ton melabuhkan punggung di meja sebaik memberi salam.

“Dah lama abang tunggu..? Maaf Jas lewat..” Jas membetulkan rambutnya.

“Eh tak pe, abang sudi tunggu walaupun lambat.. ni sape?” Amzar pura-pura tak kenal dengan Ton. Padahal setiap hari dia terlihat Ton selekeh ni. Malah satu kelas Perakaunan pula.

“La tak kenal ka? Ni Ton, kawan baik Jas..” Jas mendekatkan tubuhnya ke arahku. Jelek aku tengok si Amzar playboy tu. Amzar sekadar mengangguk faham.

“Erm nak order apa sila la..abang belanja..nah”. 2 keping kertas order, satu diberi pada Jas dan satu lagi dibaca olehnya. Aku? Aduhai…

“Erm mee claypot satu, jus oren satu.” Jas mula memesan sebaik saja puas menilik menu yang tercatat di atas kertas order.

“Erm bagi saya char keow tiew satu dan jus oren..” Giliran Amzar membuat pesanan.

“Eh Ton sori lupa pulak aku dekat kau. Kau nak makan apa?” Amboi Jas sampai hati kau ya. Aku tengah lapar gila kau lupa pulak.

“Aaaaa..awak nanti bayar sendiri ya. Saya bawa duit cukup-cukup ja untuk saya dan Jas..” Alamak kedekutnya Amzar playboy ni. Sedih gila aku. Adakah aku jadi pengacau hari ni?

“Ya saya bayar sendiri..” Huh pedihnya kecewanya..aduh.

Selesai makan Amzar memberi isyarat mata pada Jas. Ada apa pula la diorang ni. Semakin rasa bersalah aku. Kelihatan Jas sedang menekan punat telefon bimbitnya. Selesai menaip dipandang semula Amzar sambil tersenyum sinis.

“Errr Ton, kau balik dulu ya..Aku ….” Aku dah faham. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku segera bangun. Memang aku pengacau la ni. Aku tau ni arahan dari Amzar. Masakan Jas menghalau aku macam tu saja. Tadi dia yang beria ajak aku.

“Aku tau. Ok jumpa nanti, bye” Amzar memandang sinis padaku. Ditambah dengan senyuman sinis. Ahhh benci la kau!!!!! Ku atur langkah pantas menuju ke kolej kediaman. Hilang mood aku. Sedih benci kecewa semua ada. Sedikit pun kau tak sebelah aku ya Jas. Kau sanggup ikut kata Amzar. Ah think positif Ton. Positif!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience