BAB 6

Romance Completed 7279

Kembai ke yahoo messager.

PUTERA AM: Sibuk ke?

CT ORKED: sikit ja. Ada hal nak kena settlekan

PUTERA AM: Rindu awak

CT ORKED: Rindu???

PUTERA AM: Ye sayang..miss you a lot..i need you now

Alamak mamat ni.

CT ORKED: Awak sakit ke??

PUTERA AM: Ya, sakit rindu…tolong ubatkan..

CT ORKED: Gatal awak ni.. g la klinik, banyak nurse leh tolong ubatkan..

PUTERA AM: Tak nak..nak awak jugak.

**********

Kini ke mana saja aku ada Jas, ke mana saja Jas ada aku. Dia kini tinggal bersama aku dan aku ikhlas menanggung hidupnya dan bayi yang sudah dilahirkannya 6 bulan lalu yang ku beri nama Puteri Firdaus.

Syukur sahabat yang satu ketika dulu setia bersamaku kini telah kembali. Terima kasih Ya Allah. Bapa kepada Puteri belum aku temui. Aku belum pasti siapakan bapanya. Nak kena upah penyiasat ni.. hii Tak baik pulak menuduh si Playboy tu sesuka hati.

Putera Am beria-ia mengajak aku bertemunya. Katanya masa sudah sampai masanya. Aduh ini yang buat jantung aku nak luruh ni. Lalu aku minta Jas menggantikan aku. Lagipun dia yang beria-ia benar nak ikut. Biar aja aku hantar dia jadi spy konon konon. Seperti yang dijanjikan, Jas mengenakan skirt pendek paras lutut dipadankan dengan blaus merah jambu, ergh agak seksi.

Sewaktu azan Isyak berkumandang, barulah Jas pulang. Kalut saja aku berlari mendapatkannya di pintu. Namun Jas hanya mengucapkan ‘ok jer’. Aduhai bagaimanakah rupa Putera Am tu. Gaya dia? Hensem tak? Kelakuan dia? Kenapa Jas tak cerita semua tu.

**********

Sudah hampir 3 bulan Jas tak pedulikan Puteri. Makan pakai Puteri semuanya aku yang uruskan. Sayang aku pada Puteri kini kian menebal. Puteri mula memanggilku ‘ibu’ sedangkan Jas tidk suka Puteri menggelarnya sebegitu. Jijik katanya.

“Jas, kenapa kau ni? Aku tengok dah banyak berubah.” Akibat tak tahan lagi dengan sikapnya aku luahkan juga segala yang terbuku di dalam hati.

“Apa kau ni. Aku biasa saja kan. Cuma aku mintak kau tolong jaga si Puteri tu. Lagipun aku tengok dia rapat dengan kau sekarang..”

“Kau ibu dia. Aku tak ada hak. Dia perlukan kau..”

“Ah anak haram! Tak perlu semua tu. Yang penting sekarang aku nak kahwin.. Aku dah bosan hidup sengsara Ton..”

“Kau nak kawin?? Dengan sapa Jas. Habis macam mana dengan Puteri?” Terkejut aku bila mengetahui yang Jas bakal berkahwin tak lama lagi.

Entah dengan siapa dia nak kahwin pun tak diberitahunya. Adakah Putera Am??? Ya, selepas temujanji Jas dengan Putera Am tempoh hari, Putera Am sudah jarang ber chatting. Mungkin ada sesuatu yang Jas rahsiakan?

“Ada la. Nanti aku kenalkan. Kalau kau tak nak, bagi ja dia kat rumah anak yatim..” Bertambah terkejut dengan penjelasan berani Jas. Lantas dia segera melangkahkan kaki ke arah bus stop.

Kini aku mulai merindui Putera Am. Alangkah baiknya jika lelaki yang bakal Jas kahwini bukan Putera Am. Sugguh, dalam 2 tahun setengah mengenalinya hanya melalui tulisan, namun aku telah jatuh cinta padanya. Pelik tapi realiti. Jodoh itu ada di mana-mana. Cuma cara bertemu itu yang berbeza.

Rengekan Puteri membuatkan aku terjaga. Lapar susu mungkin. Hidup Puteri hanya menikmati dua kali saja susu badan selebihnya susu botol. Jas enggan menyusukan Puteri. Dipeluknya aku erat. Aku cium pipi gebunya.

Sayang aku sudah terpatri buatnya. Berita pertunangan Jas sampai ke telingaku. Tapi dimana dia tinggal? Patutlah dah sebulan tak balik jenguk Puteri. Putera Am pula dah jarang online yahoo messager..mungkinkah???

Bagaikan mimpi, Putera A muncul di ym..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience