BAB 10

Romance Completed 7273

Amzar sudah sebulan terlantar di hospital akibat kemalangan seminggu selepas bertandang ke rumahku. Keadaannya yang hanya bergantung kepada mesin hayat nyawa membuatkan aku rasa bersalah.

Menurut Khairul, sejak pulang dari rumah aku, dia mula murung dan sering menyendiri.

Satu kotak berisi hadiah-hadiah dan kad serta sebuah diarinya aku tatap. Semua hadiah dan kad ada tertulis nama ‘CT ORKED’. Aku buka diarinya…

…. hidupku tak bererti lagi.. Hinakah aku sehingga kau sanggup menolak cintaku. Lama sudah kita menyulam rasa cinta di alam maya, inikah akhirnya.. ??

DemiNya aku telah jatuh cinta padamu. Lupakanlah kisah lalu. Itu hanya zaman keseronokanku bergurau senda.. Namun aku tetap menghargai segala keputusanmu. Mungkin ini yang sudah tersurat buat diriku yang hina ini.Terima kasih sayangku .-Selasa, 3.30pagi

…aku terima keputusan umi dan abah untuk menjodohkan aku dengan Nur Amira, anak arwah Mak Ngah Aminah.. Biarpun tak mengenalinya,namun aku redha. Selamat tinggal pujaanku Ct Orked. Aku akan sentiasa merinduimu.. LOVE NUR SAADATUN ADAWIYAH BT. DAUD –Sabtu, 5.00 pagi.

Eh macam mana dia tahu nama penuh aku, dah nak kahwin rupanya. Akukan yang menyebabkan dia jadi begini?

**********

Sudah tiga malam berturut-turut, solat istiqarah menjadi temanku. Dah bermula dari saat itulah wajah Amzar yang menemani tidurku. Mana mungkin aku merampas bakal tunang orang.

…wajahnya muncul lagi dalam mimpiku. Pergilah kau wahai pujaanku Saadatun Adawiyah..- Ahad, 3.45pagi.

Di hospital…

Kelihatan ahli keluarganya sedang berkumpul beramai-ramai di dalam bilik. Mungkin mereka baru sampai dari kampung. Juga kelihatan seorang gadis yang kukira bakal tunangnya, Nur Amira. Segera, aku menutup kembali pintu bilik dengan penuh cermat agar tidak disedari mereka.

Namun belum sempat aku melangkah meninggalkan pintu, seorang gadis membuka pintu dan menarikku masuk. Sudah seminggu dia ditempatkan dalam wad biasa setelah berkampung selama 3 hari di wad ICU.

Seluruh ahli keluarga Amzar memandang ke arahku yang berdiri di sebelah gadis yang menarik tanganku tadi.

“Mak Long, Pak Long.. inilah Kak Eton, perempuan yang abang cakap dulu tu, nasib Mira sempat tarik tangan Kak Eton masuk..” Sah. Gadis disebelahku ini ialah Nur Amira.

“Apa khabar nak? Terima kasih kerana sudi jaga anak mak cik. Jururawat yang bagitahu kami tadi. Kami jauh dari dia, apa-apa hal memang macam ni lah, dua tiga hari baru boleh datang sini..”

Aku menyalami ibunya, Nur Amira, dan dua orang gadis sebaya anak-anak muridku di SMK Taman Kenanga.

“Eh tak apa mak cik, dah tanggungjawab saya sebagai kawan. Apa yang termampu saya tolong, insyaAllah saya tolong.”

Kini baru kutahu, Nur Amira menolak lamaran keluarga Amzar kerana sudah mempunyai calon suami.

**********

Kini, setelah tiga tahun berlalu, aku bahagia bersama dia. Suami yang banyak mengajar aku erti kehidupan, kasih sayang dan yang penting dia seorang yang bertanggunjawab. Dengan kehadiran cahayamata pertama kami yang baru berusia setahun, menyerikan lagi rumahtangga kami.

Puteri kini sudah pun bersekolah dan menetap bersama Jas dan Khairul. Dia semakin mesra dengan mamanya. Ternyata jodoh itu ada di mana-mana dan kadangkala orang yang kita benci itulah jodoh kita.

Akan kubahagiakan dirimu hingga ke akhir hayatku, sesungguhnya orang yang paling bahagia itu ialah orang yang dapat memberikan kebahagiaan kepada orang lain.

“Abang cintakan sayang..”

“Playboy..”

“Sampai hati cakap abang playboy. Abang dah bertaubat la sayang..”

“Yela abang..ni last Eton panggil abang playboy..”

“Kalau sebut lagi, abang cili mulut tu..haha”

“I..ib..bu.” Si kecil Aqil tiba-tiba menyebut gelaran yang setiap hari kami ajarkannya.

“Alhamdulillah anak ibu dengan ayah dah pandai cakap ni..” Amzar mendukung anak kecil itu ke dalam pelukannya. Terkekek-kekek anak kecil itu ketawa apabila bersama dengan ayahnya. Anak ayah la katakan.

Terima Kasih Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience