BAB 5

Romance Completed 7279

Tugas mendidik memang tak mudah. Terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah pelajar. Tapi aku puas akhirnya cita-cita hendak jadi pendidik berjaya juga. Dulu aku dan Jas bersaing sesama sendiri. siapa dapat jadi cikgu dulu dia menang dan akan dapat hadiah special.

Itu dulu. Sekarang dah lama aku terputus hubungan dengannya sejak tamat pengajian di kampus enam tahun dulu.

Yahoo Messager aku buka. Seperti kebiasaan, nickname Putera Am menyapaku. Sudah hampir dua tahun kami ber chatting namun tak pernah lagi bersua. Itu kehendakku.

PUTERA AM: Tak tidur lagi ke bunga orked?

CT ORKED: Belum..baru habis semak buku student la..awak?

PUTERA AM: Macam ada jodoh ja kita ni..saya pun baru sudah siapkan kertas kerja untuk pembentangan esok..

CT ORKED: Eleh yela tu..kebetulan agaknya kan..harap awak dapat tender tu esok ya..gudluck..

PUTERA AM: Tq my dear..awak, bila kita nak jumpa ni..dah nak dekat 2 tahun macam ni..takut saya.. mana lah tau awak….han…2..hii

CT ORKED: Kalau saya hantu, dah lama saya pergi cekik awak malam-malam taw..

PUTERA A: Takpe hantu cun cekik saya sanggup..

CT ORKED: cakap la..ok lah awak..mengantuk sudah. tido dulu la..

PUTERA A: ala..sapa nak teman saya tido?

CT ORKED: Tido la ngan hantu cun awak..nitez Assalamualaikum.

PUTERA A: Ala gurau ja..cemburu la tu

BUZZ!!!!!

CT ORKED:Gatal…tak da masa nak cemburu ok.

Hilang tekanan chatting dengan Putera Am ni. Happy sangat. Suka? Cinta? Ahhh gatal la kau Ton. Tapi umur dah nak masuk 30 tahun pun, jodoh belum juga ketemu. Apa pula berita Jasmira. Teringat pula pada mak Jas yang sudah lama aku tak hubungi kerana kesibukanku.

Esoknya, aku menjejakkan kaki ke teratak Jas. Keadaannya masih sama seperti dulu. Tak berubah satu pun. Setelah memanggil salam, kelihatan seorang wanita berbadan dua muncul di celah pintu.

“Jas…kau ke tu..” Lama aku memerhatikan wanita itu.

“Ton…aku rindu kau..naik dulu..” Jas kelihatan bersusah payah berjalan dengan keadaan perutnya yang semakin membesar.

“Bila kau kawin Jas? Tak jemput aku pun..” Sengaja aku menarik muka menandakan kekecewaanku. Namun lama Jas termenung kemudian dia mula mengalirkan air mata. Kerana apa aku kurang pasti.

“Aku..aku tak kawin Ton. Kandungan ni hasil perbuatan sumbang aku..aku menyesal Ton..”

Ya Allah sudah sejauh itu Jas tersasar. Aku harus membantunya.

“Mak aku meninggal pun sebab aku. Sebab aku Ton, sebab aku.” Semakin tersekat suara lunaknya. Sungguh aku terkejut bila diberitahu makcik sudah kembali ke rahmatullah sebulan lepas.

“Siapa Jas? Kenapa dia tak nak bertanggungjawab..?” Lelaki yang bertanggungjawab merosakkan Jas perlu aku temui. Sudah dia kehilangan ibu, adik-adiknya pula turut mengikut jejak ibunya setelah lemas di sungai sewaktu mencari ikan untuk santapan tengahari mereka.

“Biarlah Ton. Aku tak nak ingat semua tu lagi… Harapan aku satu saja, tolong bimbing aku..”

Mesti kerja Playboy tu!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience