BAB 4

Romance Completed 7273

Lima bulan sudah berlalu.

Jas kini dah berubah 100 peratus. Penampilan, gaya, percakapan, sikap, semua la. Dah nama pun 100 peratus. Tapi cukup aku terkilan bila Jas minta tukar rumate. Dia nak duduk dengan si Jannah Gaya tu. Aku pula terpaksa tinggal sendirian tanpa rumate. Sampai hati kau Jas. Dah sudahnya dengan aku pun dia tak tegur dah.

Semakin popular aku tengok dia, ke sana sini semua jadi tumpuan dengan geng Jannah Gaya tu. Semakin gedik pun ada juga. Ini semua punca dari Amzar playboy tu. Rasa macam nak lenyek ja playboy tu!

Minggu lepas adik Jas ada telefon aku. Ayah Jas sakit teruk. Berkali kali Jamil menyuruh Jas balik tengok ayah dia, tapi setiap kali itulah Jas memutuskan talian. Berkali-kali ayah dia menyebut namanya. Tekadku perlu juga jumpa Jas…perlu!!!!

Jas dan Amzar saling suap menyuapi makanan ke mulut masing-masing ketika aku menghampiri meja mereka.

“Wah budak selekeh dah datang…selekehnya kau!!” Sengaja Amzar menguatkan nada suaranya agar semua orang di sekeliling memandangku. Sabar Ton.

“Terima kasih buaya darat..!!!!”

Pakkkkk!!

Satu tamparan kuat menyimbah ke pipi gebuku. Jas kembali duduk selepas menamparku. Amzar ketawa riang. Banyak mata tertumpu padaku. Aku terpana. Adakah benar apa yang aku rasai ini? Sahabat suka dukaku satu ketika dulu kini menampar aku di khalayak ramai?

“Ambil kau! Rasakan tamparan maut. Celupar lagi mulut tu..” Amzar senang hati.

“Kau jangan sesuka hati cemuh Amzar kat sini. Kau tak layak la Ton. Sudah berambus la sebelum makan penyepak pula”. Ya Allah benar apa aku dengar ni? Jas yang dulu dah lenyap. Tak tinggal kesan pun.

“Jas..dengar dulu..ayah kau sakit, kenapa tak balik jenguk dia?” Tercapai juga tujuan asalku.

“Eh eh, siapa kau nak masuk campur urusan keluarga aku ni?!!” Muka Jas semakin memerah menahan marah.

“Aku hanya nasihatkan kau sebagai kawan”.

“Kawan? Eh tolong la. Aku tak ada kawan macam kau ni la..” Jas ketawa sampai penat kelihatannya. Dipandangnya aku dari atas ke bawah.

“Eh eh, kau berambus la Ton selekeh. Orang nampak kau dekat dengan makwe aku ni buat malu jela. Syuhh syuhh..” Amboi macam halau anak kucing ja kau ya. Mataku mula bergenang. Belum pernah aku dihina sedemikian rupa. Playboy tak sedar diri. Kau dah hancurkan persahabatan aku dengan Jas!

Mulai saat itu, aku mula mengelak bertemu Amzar mahupun Jasmira. Pedih di hati masih bersisa. Malah meninggalkan parut yang tak akan hilang buat selama-lamanya.

Berita kematian ayah Jas aku sambut dengan penuh penyesalan. Aku gagal memujuk Jas pulang menjenguk ayahnya. Jas hanya pulang selepas diberitahu tentang kematian ayahnya dan hanya menunggu sehingga jenazah dikebumikan sebelum melangkah kembali ke universiti 15 minit selepas pengebumian.

Aku bertandang memberi semangat pada Mak Cik Siti, Jamil, Jamilah, Jaslina, dan Johan seminggu selepas pemergian arwah. Aku juga memohon maaf di atas kegagalan aku memujuk Jas pulang semasa hayat arwah.

Di kampus, Jas semakin sosial sejak berkawan dengah Jannah serta gengnya, Siti, Yusna, Mala, dan Hana. Pencapaian peperiksaan semester dia pun jatuh. Aku semakin risau dengan perubahan mendadaknya itu. Mak Cik Siti berkali-kali meminta aku memujuk Jas pulang ke kampung, Dah lama dia tak balik. Rindu adik-adik pada Jas.

Amzar pula semakin rancak membelai Jas. Semakin naik lemak si Jas. Segala keinginan Jas dipenuhi. Nak baju dibelikan, nak kasut dapat, handphone baru, malah baru-baru ni dapat kereta kancil sebiji. Fuh dasyat. Dasyat betul kau Playboy.

Tapi akibatnya, Amzar nampaknya dah jarang makan kat kafe. Dengar cite kena ikat perut. Nah rasakan kau buaya. Ikut lagi kemahuan si Jas tu. Tapi aku tau tak sedar lagi si Playboy tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience