BAB 1

Humor Completed 837

“ Nasha ..kau masih tak ada kerja lagi kan?” soal Adzran .

“ Of course la. Takkan la kau tak tahu aku ni macamana orangnya. Aku rasa dah banyak kali aku kena pecat sebab selalu buat salah. Aku dah tak tahu dah mana nak cari kerja lagi.” Keluh ku.

“ Betul..betul..betul..aku masih ingat lagi time kau kerja kat restoran Melayu tu. Kau kena pecat sebab tertumpah dulang kat badan salah seorang pelanggan kat dalam restoran tu. Lepas tu, kau kerja dekat supermarket sebagai cashier. Kau salah bagi baki duit pada pembeli. Ish…kalau nak dikira lar kerja kau ni..aku rasa kau boleh buku jurnal dah ni.”

“ Banyak lah kau punya jurnal…yang kau ni tak kerja ker?” soalku pada Adzran . Adzran ni bekerja sebagai wartawan stesyen tv swasta gitu…

“ Aku kerja la..tapi kejap lagi. Macam ni, kau nak tak kerja sebagai pembantu undang-undang di firma guaman pak cik aku. Tapi sekarang ni anak lelaki dia ler yang ambil alih firma tu. Lagipun, kau kan lulusan diploma undang-undang kan? Aku rasa tak payah la kau kerja yang bukannya kemahiran kau.”

“ Betul ker? Aku suka sangat. Thanks ya sebab kaulah kawan aku yang paling baik sekali. Aku pun rasa macam tu. Alang-alang dan ada kelulusan undang-undang , baik aku cuba kerja kat frima tu nanti. Tapi..aku takut penyakit clumsy aku ni menjadi pulak.”

“ Kau tak payah lah nak cakap yang bukan-bukan. Kau mesti fikir yang positif. Ingat! Apa yang Prof Muhaya kata..kena selalu positive thinking. Gambarkan yang baik-baik sahaja. Insya-Allah semuanya akan baik. Kau jangan bimbang la. Keluarga pak cik aku tu peramah orangnya. Cuma aku dah lama tak jumpa dengan anak lelakinya tu.”

“ Ok..thanks again. Aku nak siapkan resuma aku dan sijil-sijil aku dulu. Oh ya..kat mana firma guaman tu?” soalku yang teruja. Adzran menghulurkan sekeping kad berwarna putih yang tertera alamat firma guaman tersebut.

“ Ok..la. Aku nak pergi kerja dulu. Nanti aku call pak cik aku pukul berapa temu duga kerja tu ya.” Aku melambai Adzran yang yang sudah berangkat ke tempat kerjanya.

Harap-harap tahun ni adalah tahun aku yang bertuah. Semoga aku akan dapat kerja tu nanti. Baiklah…Leenasha …sekarang ni kau kena siapkan resume kau, sijil-sijil kau dan apa-apa yang patut lar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience