BAB 7

Humor Completed 837

Aku segera menaip draf perintah mengikut kertas contoh yang telah diberikan Encik Fussy aka  Encik cerewet kepadaku. Kak Fiza segera menghampiri aku.

“ Sabar je lah dengan kerenah Encik Danni. Dia tu memang macam tu. Kalau bab kerja ni, memang dia tegas sangat. Jadi, Nasha ..kenalah buat betul-betul tau.” Pesan Kak Fiza.

“ Yer..kak. Terima kasih kak.”

Aku segera menaip draf perintah. Aku kena siapkan juga sebelum lunch nanti. Nasib baik aku pernah buat benda ni waktu belajar kat UITM dulu. Kalau tak..makin menjadi-jadi lar sifat pemarah dia tu kat aku. Dahlah nak guna tulisan Roman..apa ker benda tu..font 12 la..macam-macam la dia ni.

Danni membaca dokumen-dokumen penting untuk perbicaraan yang akan bermula minggu depan nanti. Banyak juga dokumen yang perlu ditelitinya dulu. Tebalnya..jangan cakaplah. Mungkin..setebal buku novel bersaiz A4..kan tebal tu. Tak larat kalau nak baca kalau seorang-seorang. Tapi…tak apa. Aku kan dah ada pembantu. Nanti aku suruhlah dia juga baca.

Aku meneliti kedua kalinya draf perintah ini. Takut ada yang terlepas pandang. Nanti..tak pasal-pasal kena sembur free-free kat aku. Aku ni dahlah orang yang tak boleh terima tekanan banyak. Takut prangai clumsy aku datang balik nanti. Kan susah..aku segera bangun. Aku rasa sudah cukup yakin aku meneliti draf perintah ini. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Tak sangka..lama juga aku buat draf ni. Naik lenguh juga tengkuk aku ni menghadap computer.
Aku mengetuk pintu bilik Encik Fussy.

“ Masuk!” jawabnya. Aku memberanikan diriku untuk berjumpanya.

“ Macamana? Dah siap?” soalnya.

“ Ya!” jawabku dengan yakin. Danni tersenyum. Lucu pulak melihat riak wajah Leenasha yang kalut di depannya ini.

“ Baik..letak draf perintah tu kat atas meja saja. Awak boleh keluar.” aku segera keluar dari bilik Encik Fussy. Danni terus membaca draf perintah yang telah ditulis oleh Leenasha . “

“ Leenasha !!!” jeritnya. Mak oii..tak sampai lima minit pun aku duduk..dah kenapa panggil. Mati lah aku kena sembelih kat dalam tu. Kak Fiza pun terkejut mendengar suara Encik Fussy dari dalam bilik. Begitu juga dengan staf yang lain. Dia ni sengaja nak malu kan aku ker. Kan aku menangis ni..susah nak diam nanti. Aku cepat-cepat menuju ke biliknya.

“ Yer..encik. Ada apa Encik panggil saya?” soalku berlagak tenang.

Danni membaling kertas draf itu ke atas meja dengan kuat. Aku terkejut dengan tindakannya itu. Daripada air mukanya sudah jelas ku lihat dia sedang menahan marah kepadaku. Nampaknya..hari pertama aku bekerja di sini mungkin akan menjadi hari terakhir aku bekerja di sini.

“ Kenapa banyak sangat kesalahan ejaan ni? Awak tahu yang awak sedang tulis draf perintah? Ini penting tau!! Tak pernah sekolah ker!! Eja pun tak betul? Lain kali kalau tak nampak, pakai lagi kaca mata yang lagi besar!! Pergi betulkan balik ejaan tu!!”” gertaknya.

Aku hanya menahan segala kemarahannya. Eee..kalau tak kuat iman..dah lama aku menangis depan dia ni. Nasib baik aku dapat kawal emosi aku. Tak guna punya bos..setakat salah eja jer kot..bukannya nak buat karangan bahas melayu..cerewet betul lah dia ni. Kalau lar aku tak mengenangkan yang kawan baik aku yang syorkan kerja ni, dah lama aku check out dari firma guaman ni..opps..check out bukan untuk hotel ker..lebih kurang sama juga..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience