BAB 10

Humor Completed 837

Sejak kebelakangan ni, aku rasa lar..layanan Encik Danni terhadap aku agak berbeza berbanding layanannya sewaktu pertama kali dulu. Kata Adzran ..orang lelaki ni kalau dah berubah sikap dia tu..maknanya ada la sesuatu tu. Aku nak tahu juga yang sesuatu tu apa? Hah…baik aku tanya Pak cik Google.

Jika seorang lelaki mula berubah sikap pada anda, maknanya lelaki itu menaruh perasaan pada anda. Contohnya:

1. Selalu marah kerana inginkan perhatian.
2. Kadang-kadang bersikap kebudak-budakkan.
3. Cara layanan mula berbeza dari kasar menjadi lembut.

Wooo…kenapa semua contoh ni ada pada Encik Danni yer? Mustahil la dia suka kat aku. Aku ni tak layak la nak bersama dengan orang macam dia tu. Lagipun, aku rasa Encik Danni tu selalu marah aku sebabnya dia tak suka aku kerja kat sini kot. Tapi..kan..kalau la betul-betul dia suka aku??

“ HAH!!!” Tiba-tiba Kak Fiza mengejutkan aku yang sedang mengelamun.

“ Oh..mak engkau!!”

“ Melatah rupanya…”

“ Kenapa Kak Fiza ni? Terkejut kita tau.”

“ Tak ader la..Encik Danni panggil awak sekarang masuk ke bilik dia.” Ujar Kak Fiza.

“ Hah?? Ish…ada apa pulak ni. Aku buat salah lagi ker??” ujarku dalam hati.

“ Korang berdua ni ada apa-apa ker? Ya..lah..satu ofis dah heboh pasal kamu. Mana taknya..hari tu kan kamu pergi ofis sama-sama. Lagipun..Encik Danni tu..mana pernah dia nak bagi orang duduk kat kereta dia yang mahal tu. Akak rasa lar..yang Encik Danni tu suka kat Nasha lar..” usiknya.

“ Tak ada lah..Kak..saya ni Cuma pekerja bawahan dia jer. Dia tu kan majikan saya. Takkanlah..dia suka kat saya. Saya ni biasa-biasa jer Kak..”

“ Betul..apa Kakak cakap. Sejak Nasha kerja kat sini..sikap Encik Danni tu dah berubah. Kalau dulu..Nasha pun paham-paham je lah..betapa cerewetnya dia..guna kertas putih kena jimat.” Kami berdua ketawa bersama.

“ Ye lah..Kak. Saya rasa baik saya pergi dulu. Nanti… tak pasal-pasal keluar jeritan Tarzan dia.”
Aku berjalan menuju ke bilik pejabatnya. Encik Danni nampaknya memang sedang menunggu aku masuk ke dalam biliknya. Encik Danni menghadiahkan senyumannya yang sama sekali tidak pernah ku lihat sepanjang aku bekerja di sini. Ini..dah tahap kritikal ni Encik Fussy. Memang ciri-ciri yang aku tanya kat Pak Cik Google tu ada pada dia lar. Ya la..tiba-tiba je senyum menggoda macam tu pada aku. Buat aku cair woo…huhuhu

“ Leenasha ..malam ni saya nak jemput awak makan malam. Tepat jam 7.30 malam, saya akan jemput awak di rumah. Awak pakai cantik-cantik sebab saya ada sesuatu nak beritahu pada awak malam ni. Awak tak boleh tolak tau. Ok..awak boleh keluar sekarang.” Jelas Danni dengan serius.
Laa…nak ajak aku rupanya. Ingatkan la nak kena marah. Tapi..nak ajak pun..muka serius jer memanjang. Suka hati dia jer nak ajak-ajak kita. Dah lah tak tanya pendapat kita. Iyalah…aku pergi juga sebabnya…dapat makan free..hahaha..aku terus keluar dari situ tanpa memikirkan apa sebenarnya niat Encik Danni mengajakku makan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience