BAB 6

Humor Completed 837

Aku segera menuju ke tandas kerana ingin mengemaskan sekali lagi solekan ku ini. Ala..mekap biasa-biasa jer. Kita mestilah tampil dengan kemas kalau nak berdepan dengan bos kita nanti.

Danni melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Semalam ayahnya sudah memberitahunya bahawa ayahnya telah mengambil seorang pembantu tadbir undang-undang untuk membantunya nanti di firma guaman. Jam kini menunjukkan pukul 7.55 pagi. Masih ada 5 minit lagi untuk menuggu pekerja baru itu.

“ Cik Leenasha Lee! Awak boleh masuk ke dalam sekarang untuk melapor diri.” Ujar Kak Fiza. Aku mengangguk lalu berjalan menuju ke bilik pejabat yang berada di depan ku.

“ Bismillahirahmanirrahim.” Ucapku. Aku mengetuk pintu bilik tersebut.

“ Masuk!” jawabnya. Aku melangkah ke dalam bilik itu. Kenapa tiba-tiba jer hatiku seram sejuk. Apa yang aku rasa sekarang ni sama macam kat dalam lif sebentar tadi. Lelaki itu mengangkat mukanya menghadap 
aku dan tersenyum sinis. Aku menarik muka masam seakan tidak percaya lelaki yang berada di depan ku ini.

“ Adzran eeeee!!!!!!!” aku menjerit nama Adzran dalam hati. Takkanlah lelaki ni yang sepupu dia yang peramah tu. Oh…tidak!!!!!”

“ Kenapa Cik Leenasha Lee? Ada yang tak kena ker? Kita pernah jumpa ker?” sengaja Danni menyoal Leenasha . Dia sudah melihat profil diri Leenasha .

“ Saya minta maaf!! Saya tak berniat nak buat macam tu tadi kat dalam lif. Saya minta maaf sangat-sangat. Tolonglah maafkan saya.” Rayuku padanya.

“ Jadi sekarang ni dah kenal saya lar semula?” soalnya sinis.

“ Yer..saya masih ingat encik. Tapi..sumpah..saya memang betul-betul tak sengaja nak langgar encik hari tu. Hal yang tadi kat dalam lif tu pun, saya nak minta maaf juga sebab saya tak bercakap dengan encik.”

“ Baiklah, oleh sebab awak dah minta maaf, saya akan maafkan. Ok..hari ni hari pertama awak bekerja dengan saya. Lupa..saya nak kenalkan diri. Saya Danni Hakimi. Mulai hari ini, awak akan bertugas sebagai pembantu saya. Awak akan bertanggungjawab dalam membuat fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam mengenai tarikh-tarikh perbicaraan. Jelas!” ujarnya tegas.

“ Yer saya faham.” Ucapku.

“ Apa? Saya tak dengar!!”

“ Saya faham!!” ucapku kuat. Dia ni sengaja nak cari pasal dengan aku lar. Nasib baik kau sepupu Adzran . Kalau tak….entahlah apa aku nak buat.”

“ Macam tu lah. Jadi sekarang saya nak awak tulis draf perintah. Guna tulisan Times New Roman, font 12. Ikut kertas ni. Jangan ada yang tinggal! Saya nak awak siapkan sebelum waktu lunch.” Danni sengaja bersikap tegas kepadanya.

Aku segera mengambil kertas yang dihulurkannya lalu beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience