BAB 3

Humor Completed 837

“ TUKKK!!!” Aku mengetuk pintu pejabat Encik Alex.

“ Masuk.” Aku melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Encik Alex. Di sudut kiri, terdapat sebuah rak yang besar yang menempatkan bermacam-macam buku undang-undang.

“ Jemput duduk.” Ucap Encik Alex. Nampaknya..Encik Alex ni seudah berumur orangnya. Tengok rambut pun..dah ada banyak uban.

“ Terima kasih..Tuan.”

“ Baiklah..sila berikan resume awak.” Aku memberikan resume ku dan semua maklumat sijil-sijil ku padanya. Rasa gementar pulak. Encik Alex nampaknya begitu teliti sekali melihat sijil-sijil akademik dan kokum ku.

“ Ehem..Cik Leenasha ..sebelum ni Cik Leenasha ada bekerja di mana?”

“ Terus terang saya cakap, saya dah menganggur selama 6 bulan. Sebelum-sebelum ni saya ada bekerja sebagai pelayan di restoran Melayu dan juga cashier di supermarket. Tapi..semua kerja tu tak bertahan lama di sebabkan kesalahan saya sendiri juga. Saya mengaku yang saya ni agak lambat untuk menyesuaikan diri pada hari pertama kerja. Tapi..Tuan..kalau Tuan beri saya kerja ni..saya berjanji tuan yang saya akan bekerja bersungguh-sungguh.” Ucapku dengan yakin.

Encik Alex memberikan aku senyuman manis. Kenapa pulak orang tua ni senyum pulak? Aku ada buat lawak ker?

“ Baiklah..Cik Leenasha . Saya setuju untuk ambil awak bekerja dengan saya. Saya suka dengan sikap jujur yang awak tunjukkan pada saya. Awak berani mengaku atas kesalahan yang awak buat dulu. Lagipun..awak ada diploma undang-undang. Awak memang sesuai untuk kerja ni. Jadi saya nak ucapkan selamat datang ke firma guaman Alex.H & Co. Awak bolehlah mula bekerja esok dengan anak lelaki saya. Tentu anak saudara saya Fathia dah cerita kat kamu yang anak lelaki saya akan ambil alih firma saya ni.”

“ Fathia…Fathia mana pulak ni..” aku cuba mengingat nama-nama  kawan-kawanku yang bernama Fathia. Mana ada aku kawan nama Fathia. Aku cuba mengimbas sekali lagi. Oh ya! Baru aku ingat sekarang ni.. Fathia @ Adzran la..apa ker bengong sangat aku ni. Tu lah..hari-hari panggil Adzran jer..sampai tak ingat nama penuh kawan sendiri.

“ Terima kasih banyak-banyak Tuan. Ya saya tahu tu. Sekali lagi terima kasih tuan.” Encik Alex menghulurkan tangannya untuk bersalam dengannya. Aku menyalam tangannya.
Yahooooo…aku dah dapat kerja. Syukur Alhamdulillah….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience