BAB 2

Humor Completed 837

Jam kini menunjukkan pukul 8.30 pagi. Semalam..Adzran sudah memberitahu aku bahawa temuduga akan dijalankan pada pukul 9.00 pagi. sengaja aku berangkat awal agar tidak terlewat untuk temu duga nanti. Aku melangkah masuk ke Firma Guaman Alex.H & Co. Ehm..boleh tahan juga besarnya firma ni. Aku menuju ke lif dengan tergesa-gesa kerana takut terlepas pulak. Aku terus meluru masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka. Tanpa ku sedar, aku terlanggar dengan seseorang dan menyebabkan kaca mataku terjatuh ke bawah.

“ Ouchh!!” serentak aku dan lelaki itu menjerit. Hanya kami berdua sahaja di dalam lif itu. Aduhai…inilah alamatnya kalau sikap clumsy aku tu muncul tak kira tempat. Aku segera memandang ke wajah lelaki itu. Wajahnya sudah berubah merah macam singa yang menunggu mangsanya untuk  dibaham. Takutnya aku. Macamana ni???

“ Saya minta maaf..saya minta maaf..Encik. Saya tak sengaja.” Aku tertunduk-tunduk memohon maaf kepada lelaki itu walaupun aku tak berapa nak nampak sangat wajahnya. Masih blur-blur bagi ku untuk melihatnya. Aku segera meraba-raba lantai lif untuk mencari kaca mataku.

“ Yes…jumpa pun.” Baru lah clear pandangan aku ni.

“ Apa maaf..maaf!! Senang jer nak cakap minta maaf. Buat kusut baju aku jer. Lain kali tu, kalau nak masuk ke dalam lif, tak payah nak masuk macam nak pergi lumba lari..lif ni bukannya lari pun.” Ucapnya sinis.

“ Betul Encik. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya bukannya nak kejar lif tu..tapi saya takut terlepas masuk ke dalam lif tu.” Ucapku yang serba salah terlanggar dengan lelaki itu.

“ Kalau yer pun..takut terlepas..agak-agak lah nak masuk. Bukannya main terjah. Faham!! Tak apa kali ni saya maafkan.”

“ Terima kasih encik….terima kasih encik.” Ucapku dengan senang. Walaupun lelaki itu sudi maafkan aku, tapi aku tahu dari riak mukanya itu masih ada marah sedikit kepadaku. Harap-harap..lelaki ni tak kerja kat sini lah. Amin…amin. “ omelku dalam hati. Aku terus menekan punat lif nombor 7. Lelaki itu pula menekan punat lif nombor 5.

Akhirnya pintu lif terbuka. Nampaknya sudah sampai ke tingkat 5. Lelaki itu terus keluar tanpa sedikitpun memadang ke arah ku. Bolehlah..aku menarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience