BAB 5

Humor Completed 837

Aku melangkah masuk ke dalam firma lalu menuju ke lif. Aku menunggu pintu lif itu terbuka. Sesekali aku mengemaskan baju kurungku agar nampak lebih teratur. Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Encik Alex cakap waktu bekerja pukul 8.00 pagi. Tak apa..banyak masa lagi..

“ TINGGGGG!!!!” pintu bilik terbuka. Aku segera melangkah masuk ke dalam. Tiba-tiba..seorang lelaki yang segak memakai sut hitam menerjah masuk ke dalam lif dengan tergesa-gesa. Aku terkejut. Lelaki itu menolehku.

“ Kau lagi???” kami berdua serentak menunding jari telunjuk masing-masing. Aku sudah mula kecut perut. Dalam-dalam banyak-banyak tempat, kenapa la aku boleh bertembung dengan mamat ni lagi kat dalam lif ni. Aku segera menekan butang lif nombor 5.

“ Yer…encik siapa?” aku berpura-pura tidak mengenalinya. Aku buat muka selamba jerk at depan dia walaupun dalam hati dah takut macam tengok filem hantu.

“ Kau cakap aku siapa? Kau tak ingat aku ni siapa? Atau kau sengaja buat-buat lupa!!” ujarnya.

“ Ish…..mamat ni..apasal dia suka marah orang  sangat? Nanti cepat dapat kedut kat muka dia yang hansem tu..baru tau..macamlah firma ni dia yang punya!! Boleh jalan daa!!” omelku dalam hati. Malas aku nak melayan kerenah mamat ni yang macam budak-budak. Lebih baik aku berdiam diri saja.

“ Excuse me! I’m talking with you!” ujarnya dengan tegas sekali lagi. Tapi aku hanya memandang ke tempat lain sahaja. Aku ni bukan apa..aku tak pandai sangat nak berdebat dengan orang ni. Silap-silap berlaku adegan menangis kat dalam lif ni. Nanti…tercetuslah sejarah yang aku menangis semasa hari pertama bekerja. Baik aku tahankan saja. Apasal lah lif ni gerak perlahan sangat!! Cepatlah sampai!!” ucapku dalam hati.

“ TINGGGG!!!”

“Alhamdulillah..terbukak juga pintu lif ni. Lama sangat aku nak tunggu kau terbuka wahai pintu lif..”  Aku cepat-cepat keluar dari situ tanpa memandangnya. Aku terus menuju ke bahagian Pentadbiran Undang-undang untuk melaporkan diri.

“ Oh..kau lari macam tu saja ya. Kau tunggu lah. Heh..nampaknya hari kau akan malang lagi hari ni. Kau akan terpaksa berdepan dengan aku setiap hari.” Ucap Danni dengan sinis. Danni memang pantang sekali ada orang yang buat salah dengannya tapi tak minta maaf betul-betul. Danni segera keluar dari lif itu menuju ke bahagian Pentadbiran Undang-undang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience