BAB 8

Romance Completed 3238

“Haha. Ni saya nak pulangkan duit yang adik encik bayar.”

Lelaki itu memandang sampul yang aku hukurkan dengan kerutan di dahi.

“Duit? Adik saya bayar? Adik saya kata perpustakaan mini ni tak dikenakan bayaran.”

“Oh! Saya kenakan bayaran sementara kepada sesiapa yang pinjam buku untuk dibaca pulang ke rumah. Kalau sudah dipulangkan semula buku tu, bayaran yang dibayar itu akan dikembalikan semula kepada pemiliknya. Kalau tak nak semula duit ini saya akan masukkan ke dalam tabung untuk didermakan ke masjid. Jadi? Encik nak ambil duit ni atau masuk tabung masjid. Saya tak paksa. Terpulang kepada diri sendiri.” Terangku satu per satu.

“Kalau macam tu cik ambillah. Buatlah apa yang patut dengan duit tu. Saya sokong niat murni cik.”

“Terima kasih.” Ucapku perlahan.

Aku sudah mengalihkan badan mahu beredar dari situ.

“Kalau saya nak pinjam buku boleh jugak ke?”

“Boleh. Tak kira umur dan jantina.” Balasku seraya berpaling sekilas memandangnya.

“Kalau saya nak pinjam pemilik perpustakaan mini comel tu pun boleh jugak ke?”

Berubah riak mukaku mendengar persoalan itu? Apa maksud lelaki ini? Amboi, dia ingat aku ni barang nak pinjam-pinjam. Jangan ingat muka handsome aku akan turutkan permintaan yang bukan-bukan. Kirim salam.

Aku lantas laju mengatur langkah memasuki kawasan rumahku tanpa menghiraukan gelak tawa lelaki itu. Huh! Lelaki senget. Kutukku dengan geram.

AKU membaringkan badan menghadap skrin tv. Perpustakaan mini aku itu hanya beroperasi pada waktu siang saja. Waktu malam adalah waktu untuk aku berehat. Dan kedai cenderahati aku itu hanya sekali-sekala saja aku jenguk. Lagipun aku ada orang kepercayaan yang aku harapkan. Aku sudah bercakap dengan Kak Yati. Dan dia tidak kisah kalau aku jarang berada di kedai cenderahati milikku. Tak berani sangat aku nak tinggalkan perpustakaan mini aku ini begitu saja. Nak harapkan mak aku, nanti mak aku pening kepala pulak. Lagipun aku cukup senang dengan kerja baru aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience