BAB 1

Romance Completed 3238

Sedari tadi mataku meliar melihat lambakan buku yang berterabur di rak buku tidak tersusun. Bermacam-macam pelan yang tak pernah ku fikirkan mahu dilakukan pada buku-buku ini.

Sempat aku membelek bahan bacaan yang sudah lama ku kumpul, pelbagai jenis buku, ada novel, buku ilmiah, komik, majala dan bermacam lagi. Sudah pasti banyak buku novel yang ku simpan kerana aku sememangnya hantu novel sedari di darjah enam lagi.

Sampaikan mak aku bising kerana aku dok membaca novel cintan cintun, dek kerana tak nak mak bising maka aku selitkan bahan bacaan berupa ilmiah dan islamik yang akhirnya turut menjadi kegemaranku. Yelah kata orang kalau nak ebrubah menjadi baik, tak mengapa bertatih-tatih, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.

“Woi, kau tengok apa tu?” tegur seseorang dari arah sisiku. Aku terkejut tetapi nasib baik tak melatah. Aku memandang muka kawan baikku merangkap jiran sebelah rumahku yang sudah mencapai sebuah novel. Aik, sejak bila minah hello kitty ni boleh ada kat rumah aku?

“Tengah naik hantu dengan minah hello kitty.” Jawabku selamba. Riak muka Wawa tidak aku pandang.

“Aik, kau rindu aku eh?”

“Ya betul! Pandai pun!”

“Yelah tu banyaklah kau punya rindu. Kau buat apa tenung rak buku ni dari tadi aku tengok kau dok melangt macam orang dah tak betul.” Tegur Wawa temanku yang gila benar dengan karekter Hello Kitty sampai satu tahap adakalanya aku nampak muka dia dah comel macam Hello Kitty.

Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal.

“Bersepah. Aku ingat nak susun elok-elok.”

“Hah, bagus sangatlah tu. Mata aku dah sakit tengok panorama bilik kau ni. Kau tu baca tahu, susun bagi cantik tak tahu.” Sempat lagi tu Wawa mengutuk aku. Aku rasa nak hempuk je kepala dia dengan buku-buku yang berada dalam simpanan aku. Sesekali bagi kepala kawanku seorang ini biul okey jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience