BAB 9

Romance Completed 3238

Apabila minda aku teringatkan lelaki yang memulangkan buku yang dipinjam bagi pihak adiknya aku mengenggam erat buku limaku. Geram betul apabila teringatkan kata-kata lelaki itu. Ada ke patut kata nak pinjam aku? Gila.

Tapi, sejak hari itu aku dah tak nampak kelibat lelaki itu. Adik lelaki itu pun aku tak berapa kenal? Iyalah, aku lupa nak tanya nama adik lelaki itu.

Aku malas menyerabutkan fikiranku, pandangan aku tujukan lurus ke skrin tv yang menayangkan cerita kartun Ninja Hattori. Haha, sesekali perasan budak-budak. Okey jugak?

“Azea. Malam ni kamu free kan?”

Aku mengalihkan wajah memandang mak yang bersiap cantik dengan baju kurung tersarung di tubuh. Berkerut dahiku? Mak aku nak pergi mana malam-malam macam ni? Amboi, melaram sakan.

“Free. Kenapa?”

“Jom temankan mak pergi rumah kawan mak. Malam ni kawan mak buat kenduri doa selamat sempena hari ulang tahun kelahiran cucu sulung dia yang kembar tu. Setahu mak, umur cucu kembar kawan mak tu dah nak masuk 5 tahun rasanya.”

“Okey.” Jawabku tanpa banyak soal.

“Kalau Azea tak pakai baju kurung boleh tak mak?”

“Hish, pakailah baju kurung. Baru nampak ayu. Asyik dengan seluar je. Cubalah bawak-bawak pakai baju kurung tu.” Tegur mak. Aku tersengih kecil. Aku memang tak minatlah pakai baju kurung ni. Nak jalan laju pun agak terbatas. Kalau pakai seluarkan senang. Nak berlari pun boleh. Aiseh. Gitu pulak.

“Azea. Kau nak pergi mana?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience