BAB 3

Romance Completed 3238

Setelah siap mengelap, aku mula menyusun novel-novel di laci sebelah kanan. Aku mahu menyusun buku-buku mengikut kategorinya. Senanglah kalau nak mengambilnya nanti.

“Hah, apa kata kau bukak perpustakaan mini. Hmm, bernas jugak idea aku ni.”

“Perpustakaan mini?”

“Ya perpustakaan mini. Lagipun dekat kawasan perumahan ni kebanyakannya mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah. Ala, sesekali mereka tu release tension baca buku-buku macam ni apa salahnya? Kalau kau kenakan bayaran berbaloi jugak. Seminit sepuluh ringgit.”

Aku pantas membaling kain pengelap tadi ke arah Wawa yang tersengih-sengih.

“Woi, seminit sepuluh ringgit? Cekik darah. Sampai bila-bila takde sapa nak singgah perpustakaan mini aku ni?” Aku sudah mula mahu menerima cadangan itu.

“Haha, cadangan je. Tapi, aku suka kalau kau buat perpustakaan mini tu. Kalau aku singgah nak baca buku, kira free of charge ya.”

“Banyak cantik muka kau.”

“Kau baru tahu ke muka aku banyak cantik. Kesian kawan aku sorang ni?”

“Perasan.”

Wawa menyambut kata-kataku dengan ketawa kecil.

“Tapi aku nak bukak perpustakaan mini je. Bab kenakan bayaran tu macam malaslah.”

“Wei, apa pasal pulak tak nak. Rugi beb. Karang kalau ada yang ambik kesempatan macam mana?”

Aku terdiam berfikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience