BAB 16

Romance Completed 3238

“Auww jangan jeling saya macam tu. Karang hati saya jatuh, awak nak sambutkan ke? Saya sudi je.” Usik Shahrul sambil seronok mentertawakan aku.

Aku mencebik geram. Ngada-ngada.

“Awak nak tahu tak Azea Awana ?”

Aku hanya menjungkitkan kening tanpa memandang muka Shahrul.

“Orang kata kan kita boleh jatuh cinta dalam masa sesaat. Awak percaya tak?”

Aku hanya diam. Manalah aku tahu.

“Awak tak nak mengaku ya?”

“Mengaku apa?” Shahrul sudah berjaya membuatkan pandangan aku beralih kepadanya.

“Awak dah jatuh cinta dengan saya dalam masa sesaat. Betul tak?”

“Oh, pleaselah.” Aku membuat muka menyampah. Apa pasal pulak teori tu kena dekat aku? Aku terdiam berfikir. Iya ke?

“Habis tu waktu kita pertama kali jumpa saya tengok awak tak berkelip tengok saya. Mesti awak dah jatuh cinta, kan?”

Aku terasa mahu mencekik Shahrul. Pepandai je cakap aku macam tu. Baling karang dengan novel dekat tangan aku ni baru dia tahu. Jangan main-main!

“Perasannya.”

“Haha, tapi saya nak cakap saya telah jatuh suka dengan perpustakaan mini ni. Dengan suasananya. Dengan sistem yang digunakan. Dan yang paling penting saya… dah jatuh… cinta dengan pemilik perpustakaan mini ni.”

Aku terasa mukaku pucat tidak berdarah.

“Awak percaya?”

Aku menjungkitkan bahuku. Tudung yang tersarung di kepala aku betulkan untuk menghilangkan rasa gemuruh yang sudah menghuni hatiku. Aduh apa pasal aku berdebar semacam ni? Takkan aku dah jatuh cinta kut. Biar betik!

“Awak kena percaya sebab kata-kata itu dari saya.” Ujar Shahrul sambil tersenyum manis.

Aku tersenyum kelat.

“Shahrul Firdaus sudah jatuh cinta dengan pemilik perpustakaan mini comel ini yang bernama Azea Awana.”

“Hish, janganlah cakap kuat-kuat.” Larangku. Muka sudah merona malu.

“Hah, kalau dah begitu. Hantarlah rombongan meminang.” Muncul mak yang sudah menatang dulang yang berisi jag jus oren, tiga biji gelas dan sepinggan keropok lekor.

“Makkk…” Aku menjerit malu. Malas berlamaan di situ aku lantas melarikan diri ke dalam bilik tidurku. Menghilangkan resah di hati.

Hah, mesti Shahrul sudah tersenyum bila mak sudah bagi lampu hijau. Hish, mak ni tak teragak-agak. Aku sudah berguling-guling di atas katil. Senyuman tidak lekang dari ulas bibirku. Apalah yang aku fikirkan ni?

“Aduh.”

“Apa halnya tu Azea ?”

“Takde apalah mak.” jawabku

“Takkan senang hati sampai boleh jatuh terjelepuk dari katil, ingat sedang menari di atas padang rumput macam pelakon Bollywood ke.” perli mak buat aku menjadi semakin malu. Perghhh! Kantoi dah ni, mak-mak ni memang power kalah superhero yang ada kuasa dek mutasi. Mungkin benar apa yang dikata Shahrul, adakalanya sesaat sahaja diperlukan untuk jatuh cinta dan aku gembira kerana takdir cinta aku bermula di ruang mini yang aku cipta ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience