BAB 14

Romance Completed 3238

“Nak saya ulang balik ke, kenapa saya nak tahu nama awak. Kalau awak tak nak cakap takpe, biar saya umumkan dekat semua orang kenapa saya nak tahu nama awak. Boleh?”

Lelaki itu sudah bangun dari duduknya. Sepertinya mahu membuat pengumuman.

Aku yang kalut lantas menyepak kaki lelaki itu.

“Aduh!” Mengaduh kesakitan lelaki itu.

“Kalau awak berani nak malukan saya. Lebih dari itu saya bantai awak.”

Lelaki itu kembali melabuhkan duduk. “Ganasnya bakal calon hidup saya ni.” Usik lelaki itu.

“Main-main lagi? Nak kena ke?” Ujarku dengan suara yang dikeraskan. Apalah nasib aku berjumpa dengan lelaki begini? Pelik sungguh.

“Bagitahulah nama awak. Kan senang.”

“Azea Awana.”

“Oh. Okey, jalan pertama sudah terbuka untuk saya. Heh, janganlah pandang macam tu. Macam tak puas hati je.”

Aku mendengus geram. Rasa nak balik je. Aku sudah bangun dari dudukku. Pinggan dan cawan kosong aku angkat dan diletakkan di dalam besen besar yang tersedia. Setelah membasuh tangan aku kembali ke meja yang aku tinggalkan untuk mengambil beg tanganku.

“Nak pergi mana ni?” Tanya Shahrul yang turut sama berdiri.

“Balik.” Jawabku sepatah.

“Ala, duduklah lama lagi.”

“Dah lewat malamlah. Saya nak panggil mak saya ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience