BAB 2

Romance Completed 3238

“Macam mana kau boleh tersesat kat rumah aku ni? Dengan tak bertukar baju. Baru balik kerja ke?” Aku menyoal Wawa. Tanganku sudah ligat memunggah buku-buku di atas rak dan diletakkan di atas lantai. Mahu memulakan proses menyusun buku-buku.

“Ha’ah aku baru balik dari menorah getah. Aku ingatkan dekat rumah kau ni ada pokok getah. Itu yang singgah.” Jawab Wawa sambil tergelak-gelak. Aku memandangnya tidak puas hati.

“Kau ni main-main pulak. Karang ada kena piat telinga.” Balasku tapi gerakan tangan tetap ligat memunggah buku yang sudah tidak terkira berapa banyak. Banyak jugak? Bila fikir balik, gila aku boleh kumpul buku sebanyak ini?

“Haha, rileklah. Baru balik kerjalah ni. Saja singgah sekejap. Aku tengok kau macam tengah serabut, itu aku serbu rumah kau. Mana tahu perlukan pertolongan aku?”

Aku melihat Wawa sudah menarik sebuah kerusi di meja panjang sambil fokus pada novel di tangannya sedari tadi.

“Hah? Memang nak suruh kau tolong pun. Kau tolong fikirkan apa yang patut aku buat dengan buku-buku semua ni?”

Kain pengelap yang tersangkut di tepi tingkap aku capai lalu membersihkan laci-laci rak buku yang sudah berhabuk tidak dicuci.

“Kenapa? Jangan cakap kau nak buang semua buku-buku ni, sayang tau!”

“Bila masa pulak aku kata nak buang? Kau ingat aku beli guna air liur senang-senang nak buang. Huh, maksud aku, bagilah cadangan apa-apa je?”

“Cadangan? Aku tengok banyak buku-buku kau ni. Lagi-lagi novel. Majoriti orang Malaysia memang suka baca novel. Hmm… Hmm…”

Aku hanya memerhati sekilas tingkah Wawa yang mengetuk kepalanya seperti memikirkan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience