bab 6

Romance Completed 3852

Dengan tidak sengaja, aku meninggikan suara.

“Abang! Apa lagi yang Ana patut buat untuk puaskan hati abang? Abang nak Ana mati baru abang puas kan?”

Tiba-tiba, satu tamparan kencang hinggap di pipiku. Tidak cukup dengan itu, Munawwir juga menendang kaki kananku.

Saat itu, Aku tidak mampu bertahan. Pandanganku kabur lalu gelap.

“Ana! Ana dah sedar. Ana rehat ya nak.” kedengaran suara yang tidak asing lagi bagiku.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Bunda ! Insan yang amat aku rindui.

Semenjak berpindah ke rumah baharu, Munawwir tidak membenarkan aku pulang ke kampung untuk melawat Bunda. Kami cuma berhubung melalui telefon.

Aku melihat sekeliling dan aku tahu aku berada di hospital. Aku mengharapkan Munawwir ada bersamaku namun aku hampa.

Di manakah dia? Mungkin dia bahagia melihat keadaanku?

Aku tidak berdaya untuk bersuara. Hanya sebaris senyuman yang mampu aku hadiahkan pada Bunda saat itu.

Mungkin Bunda sudah sedia maklum tentang keadaanku. Aku tidak mahu melihat Bunda sedih, namun aku tidak berdaya.

Perlahan-lahan aku menutup mata kerana aku perlukan rehat.

Sekali lagi aku terjaga. Kali ini pukul 4 pagi. Bunda sudah tiada di sampingku.

Sebaik sahaja aku menoleh ke arah sebuah sofa di dalam bilik hospital, aku tidak dapat menahan air mata.

Munawwir. Dia menemaniku. Adakah ini satu petanda bahawa dia sayangkan aku? Berjayakah aku meraih kasih dan cintanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience