BAB 7

Romance Completed 3872

Selepas pulang daripada hospital, Munawwir melayan aku dengan baik. Walaupun dia tidak banyak berbicara, aku tahu yang Munawwir sudah berubah.

“Abang, terima kasih!” luahku saat dia menyuapkan makanan kepadaku.

Tiada sebarang reaksi yang aku terima.

“Kenapa awak tak bagitahu saya? 2 bulan awak sorokkan. Awak tahu kan penyakit TIBI ni bahaya?”

“Ana dah cuba bagitahu. Tapi…”

Belum sempat aku menghabiskan bicara, Munawwir memintas.

“Tapi saya yang tak pedulikan awak kan. Saya suami yang tak guna. Layan isteri macam hamba. Saya tak pernah nampak keikhlasan awak pada saya. Saya terlalu berdendam dengan bekas kekasih saya sampai awak jadi mangsa.”

Suasana sepi seketika. Aku tidak mampu meluahkan apa-apa. Cuma air mata mengungkap segala-galanya.

Tanganku Munawwir genggam.

“Saya minta maaf. Saya minta maaf. Saya ego. Saya faham kalau awak marah atau benci pada saya. Lepas ni, kalau awak minta saya lepaskan awak, saya takkan halang. Cukuplah awak derita selama ni dengan perangai saya.”

Munawwir meleraikan genggaman tanggannya. Tanpa memandang aku sekilas pun, dia biarkan aku bersendirian.

Kata-kata Munawwir mebuatkan aku putus harapan. Kenapa sekarang? Lupakah dia pada janjinya dulu?

Mungkin dia tak sanggup nak jaga aku. Mungkin sebab itu dia sedia lepaskan aku.

Semakin hari, hubungan kami semakin hambar. Tiada apa lagi yang perlu aku katakan. Semuanya sudah terjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience