BAB 4

Romance Completed 3852

“Okay! Aku bagitahu kau kenapa aku nak kahwin dengan kau. Kau masuk rumah sekarang”

Lenganku dilepaskan. Entah kenapa aku ingin tahu sebab dia menikahi aku sedangkan aku boleh mengakhiri semua ini. Aku melangkah lemah lalu kembali masuk ke rumah.

“Kenapa?” Aku cuba berlembut.

“Kau tak menyesal kalau kau tahu nanti?” pertanyaanku di balas dengan pertanyaan.

Aku cuma memberikan pandangan kosong kepadanya.

“Kenapa?” sekali lagi aku bertanya.

“Sebab aku tak suka hidup dikongkong. Mak dengan ayah suka halang apa yang aku nak buat dan lagi satu, ayah dan janji yang harta dia 80% akan dapat dekat aku kalau aku nikah dengan kau. So, manusia mana yang nak tolak harta banyak tu. Jadi lepas ni kau jangan mimpi nak dapat kasih sayang aku. Aku bagi kau duduk sini pun dah cukup bagus tau.Andkalau kau tuntut cerai atau mengadu dengan siapa-siapa, hidup kau dengan Bunda kau sekali hancur!” jawab Munawwir seolah-olah memberi satu amaran.

“Abang, saya takkan tuntut cerai kalau abang janji yang abang akan takkan tinggalkan saya dan abang janji yang abang takkan ganggu Bunda.”

“Janji?Sound good. Okay, kalau itu yang kau nak. Tapi kau jangan salahkan aku kalau aku tak boleh terima kau nanti. Mungkin nanti hati aku terbuka. Aku ni tak adalah jahat sangat. Kalau kau ikut cakap aku,semuanya mudah. Dah alang-alang aku janji, aku nak kau janji jugak yang kau takkan ungkit semua ni. Faham?”

Aku sekadar mengangguk dan menghela nafas lega. Aku akui hatiku telah mula menyayangi dia.

Mungkin kerana itu, aku sanggup berjanji walaupun kebahagiaanku menjadi galang ganti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience