BAB 2

Romance Completed 3872

Hati siapa yang tidak terluka jika dilayan seperti ini.

Beberapa hari kemudian, Munawwir memaklumkan kepadaku bahawa kami akan berpindah ke rumah baharu.

Dia juga ada meminta izin pada Bunda untuk membawa aku walaupun sebenarnya tidak perlu.

Saat itu, aku mula merasakan yang Munawwir akan berubah.

Cara dia meminta izin kepada Bunda membuatkan aku yakin bahawa dia ingin menjalani kehidupan yang baharu bersama aku.

Harapanku cuma satu, agar dia berubah dan sudi menerima aku sebagai isteri dalam erti kata yang sebenar.

Setelah selesai berkemas kemas, aku dan Munawwir segera berangkat.

Bunda sempat berpesan agar aku sentiasa bersabar dalam melayan kerenah Munawwir dan supaya aku menjadi isteri yang taat pada suami.

Kata-kata Bunda, seolah-olah menyuntik satu semangat kepada aku untuk terus berusaha mengejar kasih dan cinta Munawwir walaupun aku tidak pasti sama ada harapan itu masih ada.

Sepanjang perjalanan, aku hanya berdiam diri tetapi mukaku menunjukkan riak gembira kerana aku pasti Munawwir akan berubah. Namun, semua hanya sementara.

“Kau jangan nak tunjuk mukahappysangatlah. Meluat aku tengok. Aku ajak kau pindah rumah sebab aku tak tahan lah nak berpura-pura baik depan Bunda kau. Kau tak payah nak berangan jadi isteri aku lah. Bunda kau pun satu, yang dia terima aku jadi menantu kenapa?Kalau bukan sebab ayah aku a.k.a paklong kau, aku tak ingin lah jadi suami kau.” Munawwir mula bersuara dengan nada penuh sinis.

Saat itu, hatiku bagaikan dirobek-robek. Mungkin sebelum ini dia bersikap hambar terhadap aku namun tidak pernah dia berkata-kata sepeti sedemikian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience