BAB 1

Romance Completed 3852

“Bunda, Ana masih lagi tak faham. Kenapa Bunda paksa Ana kahwin dengan Munawwir ? Kenapa Bunda sanggup buat semua ni? Bunda yakin Ana akan bahagia?” bertubi-tubi soalan aku ajukan kepada Bunda.

Entah mengapa aku perlu menikahi Munawwir. Namun, kerana ini permintaan Bunda, aku turutkan.

“Ana, seorang Bunda tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Bunda harap Ana faham. Jadi isteri yang solehah ye nak.” Pesan Bunda sambil tersenyum.

Dahiku Bunda kucup sebelum dia pergi meninggalkan aku bersendirian di dalam bilik.

Beberapa minit kemudian, muka Munawwir terpacul di pintu bilik sambil memegang sebuah kotak berwarna merah jambu.

Bunda, mertuaku dan beberapa ahli keluarga yang lain turut mengiringi kedatangan Munawwir. Saat itu, hatiku berdegup kencang. Munawwir Izhak, dulu dia sepupu kini dialah suamiku.

Sebentuk cincin bertatahkan belian telahpun Munawwir sarungkan ke jari manisku.

Aku sendiri tidak pasti dengan perasaanku ketika itu. Segalanya sukar diungkapkan. Lantas, tangan kuhulurkan untuk bersalaman dengan sang suami.

Namun, Munawwir menepis. Dia memandangku sekilas lalu pergi meninggalkan aku dalam kebingungan.

Mataku mula berkaca-kaca. Mungkinkah kebahagian ku tergadai? Bunda segera memeluk aku saat dia menyedari situasi itu.

Alhamdulillah, pelukan Bunda dan sokongan daripada mertuaku membuat aku tabah. Sebagai isteri, aku mesti bersabar menanti kasih suami.

Sudah seminggu aku melalui kehidupan berumahtangga. Namun, Munawwir tetap melayan aku dengan penuh hambar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience