BAB 8

Romance Completed 3852

Aku tidak tahu, ikhlaskah sayang yang dia lafazkan tempoh hari. Entahlah, saat dia menyatakan kesediaannya melepaskan aku, hatiku hancur.

“Ana! Ana! Kenapa ni?” tanya Munawwir dengan penuh cemas.

Hari ini, aku sudah tidak mampu untuk berdiri. Mujur Munawwir sempat menyelamatkan daripada jatuh di pintu bilik air.

Darah mulai keluar melalui hidungku. Mungkin inilah pengakhiran sebuah cerita.

“Abang sayangkan Ana?”tanyaku penuh harapan.

Tiada lagi air mata yang mampu aku curahkan.

“Ana kenapa ni?”tanya Munawwir. Pertanyaanku dihiraukan.

“Abang sayangkan Ana?” tanyaku lagi.

Kali ini, cuma air mata yang dapat aku lihat di wajah Munawwir. Raut wajahnya ku usap.

“Abang sayangkan Ana. Abang cintakan Ana. Ana isteri Abang” Munawwir bersuara.

“Terima kasih sebab tunaikan janji abang. Ana sayangkan abang. Abang jaga Bunda Ana ya.”pintaku.

Dengan hati yang tenang, aku menutup mata.

Inilah kisah hidupku. Kisah seorang isteri menanti kasih suami. Siapa sangka, akhirnya penantianku terbalas jua.

"Kenapa Ana tak minta abang ceraikan Ana?"tanya Munawwir.

"Kerana kita pernah berjanji dan tak ada sebab untuk Ana mungkiri janji sedangkan abang dah tepati janji abang pada Ana." balasku sepenuh hati.

Aku percaya, jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu rahsia Allah. Alhamdulillah, kini kami hidup bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience