BAB 5

Romance Completed 3872

Hari demi hari aku lalui dengan penuh tabah dan sabar. Aku menanti dengan penuh harapan agar Munawwir berubah. Doaku tidak pernah putus agar Munawwir dapat menerima aku.

Aku tahu, Munawwir tidak berniat untuk melayan aku seperti ini. Mungkin kerana kasih sayangnya terhadap bekas kekasih yang telah lama pergi meninggalkan dia membuat dia serik untuk membuka pintu hati kepada perempuan lain.

Aku faham. Aku mengerti. Namun, tidak adakah sekelumit rasa sayangnya buat aku?

Aku isteri. Tak mungkin aku pergi meninggalkan suami.

Kadangkala, Munawwir ada menunjukkan bahawa dia cuba untuk menepati janjinya tetapi semuanya sementara.

Entah apa lagi yang menghalangnya untuk memperlakukan aku sebagai isteri. Baginya, akulah orang gaji bertaraf rendah. Mungkin juga hamba abdinya.

Beberapa bulan kebelakangan ini, aku sering batuk-batuk, demam dan kadang-kadang kahakku berdarah.

Menurut aku, mungkin aku cuma terlalu penat bekerja. Ada juga aku mengadu pada Munawwir namun seperti biasa, dia tidak pernah peduli.

Ada juga akuberjumpa dengan doktor, namun nasihat doktor aku hiraukan.

Sehinggalah suatu hari, aku kurang sihat. Kali ini, badanku lemah daripada biasa. Munawwir meradang kerana menurutnya aku hanya berpura-pura.

“Pemalas! Kau ni dah tak reti nak siapkan makan pakai aku ke?” bentak Munawwir saat dia melihat aku hanya berbaring di ruang tamu.

“Abang, saya tak sihat. Saya minta maaf.”jelasku.

“Ah! Tak sihat konon”sindirnya.

Aku gagahkan diri untuk berdiri di hadapan Munawwir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience