BAB 17

Drama Completed 533

“Rita dah tak ada..” Telefon daripada Wardianna, kawan baik Rita
semasa di maktab dulu menyampaikan berita yang aku tak duga. Walaupun
dah 5 tahun aku lost contact dengan arwah semenjak aku di transfer ke
Sarawak, sikit pun aku tak lupa dia... Rita queen of mee jawa. Aku
hadiahkan al-fatihah dan baca surah yassin untuk dia. Sedih teringat
gadis yang otak gila-gila dan sempoi itu.

Agaknya, ini sebagai peringatan buat aku, di dunia ini, tiada yang kekal
abadi... Satu hari nanti, aku akan mati juga..

“Anis, ada orang mok jumpa ngan kitak (ada orang nak jumpa dengan
awak).” Cikgu Lina, house mate aku menunjuk ke arah pintu.

“Ya ka? Kejap agik mek keluar. Suruh nya nunggu lok. (Ye ke? Kejap lagi
saya keluar. Suruh dia tunggu dulu.)” Aku bergegas masuk ke bilik dan
memakai tudung.

Selesai, aku keluar dari rumah. Aku lihat sebuah kereta di hadapan
kawasan perumahan aku, di hadapan rumah aku. Aku berdiri kaku melihat
Hazlan keluar dari kereta itu. Dia menuju ke arah aku sambil menggendong
seorang budak kecil.

“Err..” Aku terkebil-kebil.

“Assalamualaikum, Anis..” Sapanya. Dia senyum memandang wajah aku yang
kalut.

“Waalaikumsalam...” Jawab aku lembut. Bukan lembut sebenarnya, lambat
lebih tepat kut sebab suara aku memang lari daripada pitching asal.

“Salam dengan mama Anis, sayang...” Anak kecil itu terus menyalami aku.
aku terkejut lagi. Err.. Ini anak Hazlan? Isteri dia mesti arwah
Mairra.. Dan budak ini... Budak ini mesti... Mesti anak arwah dan Hazlan.

“Ambil budak ni.” Hazlan menyerahkan anak kecil itu ke dalam pelukan
aku. Aku kekok. Apa jadi sebenarnya?

“I love you, Anis...” Dia berbisik di tepi telinga aku. Hampir-hampir
aku terlepas pegangan budak ini. Aku pandang wajah Hazlan dengan seribu
satu pertanyaan. Hazlan masih tersenyum memandang wajah aku. Love?

“Awak masih comel macam dulu.” Tawa kecil dari bibir Hazlan membuat aku
semakin terpaku. Malu menyerbu di segenap wajah aku.

“Comel tak comel, ini kes apa datang kat saya bawa anak awak ni?” Tanya
aku setelah berdehem beberapa kali.

“Anis tahu ke Rita dah meninggal tiga bulan lepas?” Aku terkebil-kebil
dengan soalan dia. Dia senyum aje.

“Arwah suruh kita kahwin dan jaga Hanafi sama-sama.”

Aku tak pasti jauh mana rahang aku jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience