BAB 15

Drama Completed 533

“Cepatlah!” Rita menolak aku keluar dari bilik. Aku masih berkira-kira.

“Aku dan dia aje ke ni?” Tanya aku buat-buat blurr.

“Iyalah! Dah-dah... Abang lama tunggu kat bawah tu. Good luck tau!
Ingat, confess! Caiyok caiyok Anis!” Rita tutup pintu bilik. Aku
langkah lambat –lambat ke tingkat bawah. Aku keluar daripada asrama
sambil menuju ke arah kafetaria. Hazlan menyambut aku dengan senyuman.

“Jom!”

Dia keluar dengan aku guna kereta dia. Lepastu dia ajak tengok wayang...
Err.. Wayang ombak rindu. Aku hampir-hampir tertidur sebab aku memang
tak suka tengok cerita romantik-romantik ni.. Aku prefer tengok cerita
action atau hantu-hantu or zombie-zombie... Aku lihat dia khusyuk sangat
sampai tak ingat aku kat sebelah dia. Err... Aku rasa dia ni layan
‘jiwang’ gak..

“Ni kira dating kan?” Tanya Hazlan sambil menyedut dia punya air
cendol pandan.

“EH, mana ada..” Jawab aku angkat kening.

“Saya dengar, awak suka saya sebab saya handsome, ek?”

Cait! Merah padam muka aku. Nampak sangat aku pentingkan kebendaan...
err... kewajahan? Ha! Kecantikan!

“Actually, saya tak pernah cakap saya suka awak..” Ucap aku terus
terang. Dia tersenyum lebar. Pehh! Pehh! Dia senyum sebab nak goda
akulah tu!

“Iyeke?” Senyuman Hazlan melebar. Okay okay.. Dia tak payah nak senyum
semata-mata nak mencairkan hati Anisa, aku dah cukup cair setakat dia
renung aku lama-lama.

“Ye lah..” Jawab aku pantas.

“Pakai rantai yang saya bagi?” Tanya Hazlan. Aku angguk. Semakin lebar
senyuman dia.

“Kalau macam tu, ini kira dating lah ni....” Senyuman Hazlan aku bawa
sehingga balik ke bilik. Aku nak simpan buat mimpi malam ni. Erk.

Aku nak masuk bilik tetapi aku rasa macam.. Macam Rita tengah nangis.
Aku buka bilik, Rita kesat air mata laju-laju.

“Rita ?” Tanya aku. Rita geleng-geleng kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience