BAB 14

Drama Completed 533

Hari ini aku jogging tak bawa air mineral. Aku tak kisah pun sebab kalau
aku haus nanti, aku pecut ke kafe beli air teh c-peng. Nyum nyum....

Sebab? Kalau aku tak bawa air mineral, tak adalah sebab mr L tu nak
jumpa aku kerana air yang aku bawa aje!

Mr L tak macho! Tak de sifat kelakian! Tak de ciri-ciri lelaki idaman!

“Anis!” Tangan aku di tarik kuat. Aku terkejut cicak. Mana tidaknya, aku
mengelamun sampai tak sedar sebuah kereta hendak berlalu. Kereta itu
lambat bergerak dan melalui aku. Eh, mr Adenan? Patutlah lambat semacam.
Aku tarik tangan aku tetapi rasa macam kena tarik balik. Aku toleh ke
belakang. Mr L?!

“I love you.” Dia senyum cool. Aku terkejut nak pengsan.

“Apa tu?” Tanya aku. Senyuman Mr L mati.

“Saya cintakan awak.”

“So?” Apesal lain pula keluar dari mulut aku.

“Nah ambik ni. Esok awak pula yang confess kat saya.” Merah muka mr L
meletakkan satu kotak kecil panjang kat tangan aku. Lepas tu dia pergi
aje. Aku pandang dia dari belakang. Dia masih guna baju kemeja dan
seluar slack. Dia baru balik dari kelas? Pukul 5.30 ni? Dia tak main
bola ke?

Aku pandang kotak itu dan membukanya.

Rantai. ‘H & A’

Hazlan dan Anisa?

Eh, apa yang dia kata tadi? Esok aku pula yang confess kat dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience