BAB 16

Drama Completed 533

Aku dah tahu sebab Rita nangis. Rita sakit, sakit barah otak. Tapi
yang paling aku terkejut, aku baca blog Rita , dia kata dia dan kawan
dia sayang pada seorang lelaki yang sama. Dia kata dia bagi peluang kat
kawan dia sebab... Sebab dia sakit. Aku rasa dia nangis sebab aku keluar
dengan Hazlan. Dan aku rasa, Rita suka Hazlan.

Aku balikkan rantai yang Hazlan bagi, aku tak jogging macam selalu...
Aku memang tak nak langsung ada hubungan apa-apa dengan Hazlan. Aku tak
nak Rita menangis lagi. Aku tahu Rita mula rapat dengan Hazlan selepas
itu. Aku tak kisah. Cuma hubungan aku dan Rita tidak serapat dahulu.
Rita yang menjauhkan diri. Aku consider sebab dia sakit. Sakit barah.
Aku kelu sendiri. Tak sangka Rita ada barah..

Hazlan dah beberapa kali aku tak layan dia, akhirnya dia redha aje. Tak
kacau aku lagi walaupun adakalanya aku terserempak dengan Hazlan, dia
renung aku dalam-dalam.

Siapa cakap aku tak sedih? Akupun dah penat menangis seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience