BAB 18

Drama Completed 533

Actually, aku terima Hazlan bukan sebab ‘arwah suruh’, tetapi sebab aku
sayang pada Hazlan. Eh, aku rasa aku bodohlah juga sebab kena ada anak
‘segera’ dengan Hazlan. Tetapi aku rasa tak apa kot sebab budak Hanafi
ini melekat dengan aku semenjak ijab kabul antara aku dan Hazlan termaterai.

Aku pelik sebab Hazlan tak menyempat pergi lamar aku dan kahwin dengan
aku walaupun arwah Rita baru empat bulan lebih meninggal dunia. Kalau
aku mati nanti, esok juga agak-agaknya dia cari pengganti. Aku menghela
nafas panjang.

“Anis,”seru Hazlan. Dia ambil Hanafi dari pelukan aku.

“Kenapa?”tanya aku memandang wajahnya. Hanafi lena tak sedar-sedar dia
sudah di angkat. Budak umur tiga tahun itu memang iras Rita . Cuma iras
Hazlan tu memang... Err.. Hidung aje kot yang sama?

“Bagi budak ni kat ayah dia.”

Terkejut beruk aku dengar ungkapan Hazlan.

“Bukan awak ayah dia??” Aku hampir terjerit. Hazlan tunjuk jari telunjuk
ke bibir.

“Sat saya explain..” Dia senyum kambing. Aku dah hairan gila.

“Abang Lan nak bawa akak tidurlah tu..” Usik adik Hazlan, Izlan.

“Err..” Wajah aku merona merah.

“Anak teruna mama tak sabar kot..” Izlan dan mama mentua aku ketawa
bagai nak rak. Aku rasa muka aku lebih merah daripada udang terbakar kot...

“Anak teruna ape dah kahwin ada anak pun dah..” Rungut aku kecil. “Jom!”
Hazlan tarik tangan aku ke tingkat atas. Pehh! Malu gila dengar usikan
ahli keluarganya. Sue dan mak buat muka cool aje. Tak de kesan pun kat
diaorang.

“Err... Duduk sini, tunggu saya mandi.” Hazlan masuk ke bilik air dengan
tuala. Aku toleh kiri kanan, buat sport check. Mana tahu Hazlan ada
gambar Rita dalam bilik dia lagi.. Eh, kenapa aku ni? Kot iya pun
cemburu, Hazlan memang ada hak mengenang bini pertama dia lagi.

“Hanafi bukan anak saya... Dia anak Rita dengan suami dia...”

Aku terpinga-pinga mendengar apa yang keluar dari bibir Hazlan.

“Rita memang suruh kita kahwin.. Tapi saya tahu awak tak nak jadi, saya
pun bawa Hanafi...”

“Okay.. Okay... Awak main-mainkan saya?”

“Mana ada saya main-main. Kita kahwin seriuslah.. Awak je salah faham
Hanafi tu anak saya..”

“Tapi ini rancangan awakkan?”

“Ye lah.. Takkan rancangan awak pula...” Hazlan duduk di hadapan aku.

“I love you.” Bisiknya betul-betul di lubang telinga aku. Meremang
segala bulu mendengarnya. Aku tolak dia kuat-kuat sampai dia hampir
terbongkang ke belakang.

“Saya seriuslah! Kalau saya tahu, takde saya nak kahwin dengan awak!”

“That’s why lah saya rancang supaya awak nak kahwin dengan saya...”

Aku pegang kepala.

“Dengan gunakan Hanafi?” Tanya aku hampir-hampir tak percaya.

“Eh, awak ni sedar tak? Awak ni ada otak tak?”

“Kalau saya tak ada otak, kita tak akan kahwin sampai sekarang.” Ada
rajuk pada suaranya. Aku terpinga-pinga.

“Banyak lagi cara!”

“Saya nampak cara ini aje!”

“Kenapa awak tak cakap yang Rita kahwin dengan orang lain?”

“Awak nak saya ke lepas saya beritahu Rita dah kahwin dengan orang lain?”

Aku jauh hati tiba-tiba. Aku rasa dia betul-betul ada hati nak kahwin
dengan arwah bila dia cakap macamtu.

“Kalau saya ada kekasih, cuba bayangkan apa jadi? Awak musnahkan hidup
saya, tahu tak?”

“Actually, kalau awak ada kekasih, mestilah awak tak setuju nak kahwin
dengan saya. Setakat nak jadi isteri kepada orang yang ada anak..”
Luahnya lagi.

“Eh, awakni yakin sangat dengan rancangan awak, kan?” Sindir aku. Dia
tersengih tiba-tiba.

“Saya dah perhatikan awak bertahun-tahun, Anis.. Saya ingat awak diam
lepas kita kat maktab tu sebab awak tak suka saya.. Tapi sa dengan orang
lain?”

Aku jauh hati tiba-tiba. Aku rasa dia betul-betul ada hati nak kahwin
dengan arwah bila dia cakap macamtu.

“Kalau saya ada kekasih, cuba bayangkan apa jadi? Awak musnahkan hidup
saya, tahu tak?”

“Actually, kalau awak ada kekasih, mestilah awak tak setuju nak kahwin
dengan saya. Setakat nak jadi isteri kepada orang yang ada anak..”
Luahnya lagi.

“Eh, awakni yakin sangat dengan rancangan awak, kan?” Sindir aku. Dia
tersengih tiba-tiba.

“Saya dah perhatikan awak bertahun-tahun, Anis.. Saya ingat awak diam
lepas kita kat maktab tu sebab awak tak suka saya.. Tapi saya tengok,
tak de pula awak nak jalinkan hubungan dengan sesiapa lepas tu.. Jadi
saya buat rancangan bernas ni. Tengok, kita dah kahwin.” Pehh! Dia
angkat kening macam bangga sangat!

“Awak tahu kenapa saya diamkan diri waktu itu?” Tanya aku masih serius.
Wajah Hazlan berubah tona.

“Kenapa?” Tanya Hazlan memandang wajah aku dalam.

“Sebab... Sebab...”

“Okay jangan cakap awak memang benci kat saya!”

Aku terkejut dengan apa yang dia kata.

“Ha’ah! Itulah sebabnya!” Dia mengeluh mendengar jawapan aku.

“Sekarang tak...” Aku usap wajahnya lembut. Dia memandang aku dengan
wajah bersinar.

Biarlah perasaan arwah Rita kepada Hazlan yang menyebabkan aku
mengundur diri dahulu aku diamkan. Itu lebih baik kot sebab aku takut
menimbulkan aib arwah pula nanti. Aku titipkan doa untuknya semoga arwah
aman dan tenteram bersemadi di dunia yang pasti kekal untuk semua
manusia... Amin...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience