BAB 5

Drama Completed 533

“Ada kau kata ‘I love you’ kat mr L?” Tanya Rita . Aku menyusun
portfolio matapelajaran hubungan etnik di lantai.

“Sibuklah kau... Aku kalau cari laki, aku cari yang ‘gempak’ sikit...
Doktor ke... Engineer ke... Arkitek ke... Peguam ke... Setakat cikgu apa
kelas?”

Pakk!

Bahu aku jadi mangsa lagi.Tak apalah... Hari ini dimaafkan... Aku
menggosok bahu aku yang sakit.

“Sakit tau tak?” Aku menyeringai memandangnya.

“Kita pun cikgu, tau! EH, selalunya, cikgu kahwin dengan cikgu, doktor
kahwin dengan doktor... Ini faktalah! Jangan mimpi nak dapat laki kerja
gempak-gempak...”

“Erk? Mana kau dapat fakta tu?” Aku menggaru kepala bertanya.

“Adalah...”

“Kalau kau nak kelentong, better kau cari orang lain sebab Anisa ni
cerdik dan cergas tahu?” Gertak aku. Rita tersengih-sengih.

“Betullah.. Akucakap berdasarkan pemerhatian...”

“Tu portfolio kau bila nak siap? Esok puan Hilda minta.” Aku memandang
ke arah Rita . Elok aje budak tu duduk terkangkang sambil makan mee sedap.

“Relaks lah... Masa masih panjang.. Malam ni aku stay up.”

“Ye lah sangat.. Esok kau punya kelas full tau?”

“Pagi aku start pukul 9.30. Mr Adenan tengok budak praktikal.”

“Eh?” Aku sambung melekat divider portfolio.

“Ye ah... EH, petang tadi aku tengok kau dengan mr L sampai
kongsi-kongsi mineral water tu... Takkan tak de pa pe kot?” tanya Rita
lagi. Aku tersentak. Erk. Bukan mimpi ke?

“Ada ke? Aku tak perasan pula sebab aku masa tu tengah fokus nak
meningkatkan stamina...” Ucap aku ikhlas.

“Nak berahsia daripada akulah tu... Jangan lupa cakap ‘ I love you’ kat
dia.. Dia dah lama tunggu tau..” Rita meletakkan ear phone sebelum aku
bertanya apa-apa di telinganya. Aku garu kepala.

“What do you mean by ‘dah lama tunggu’?” Ucap aku mengerut dahi. Selepas
tidak mendapat layanan daripada miss Rita , aku sambung semula kerja
aku. Aku memang tak boleh stay up lama-lama... Pukul 3 pagi gerenti aku
sudah rebah di medan juang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience