BAB 10

Drama Completed 533

Aku nak cakap dia orang bodoh, tapi dia orang bakal jadi cikgu... Aku
nak cakap kerja dia orang sia-sia... Tapi takut Rita kecil hati...
Last-last aku cakap kat Rita ,

“Kau bagi tahu abang L tu, kalau dia berani cakap ‘ I love you’ kat
aku, dialah lelaki yang paling cool dalam dunia ini.”

“Kau nak terima dia tak lepas tu?”

“Bergantunglah...” Aku jual mahal. Kah kah kah...

Bila aku terpandang abang L tu kat kafetaria, aku lari pecut jauh-jauh
dari dia. Lepastu bila aku lari, dia ada kat padang, aku sanggup buat
larian kat tempat parking kereta. Paling lawak sebab si Hazlan dah macam
blurr aje melihat aku asyik mengelak.

“Dia kata, orang dah tak hendak dia, dia pun tak minta lagi.. Dia kecil
hatilah Anis.. Korangni, pening aku tau...” Rita mengadu. Lepas tu aku
pula yang menggelabah. Sejak aku mula ‘lari-lari’ dari dia, asal jumpa
dia, jantung aku ni macam nak lompat-lompat berdegup-degap... Takkan nak
putus asa macamtu aje.. Tak syoklah macamni!

Aku pandang wajah Rita sedih. Nak buat macam mana? Suara aku itu
bergema di hati. Rita kata, dia dan Hazlan sepupu jauh. Dia dan Hazlan
rapat semula selepas jumpa kat majlis makan-makan arwah papa Rita
hujung tahun lepas. Dari Rita aku dapat tahu yang Hazlan asyik
tanya-tanya pasal aku.

“Tu lah kau.. Main tarik tali sampailah nak lari-lari. Kau ingat ni
cerita hindustan ke? Wei, dia ingat kau dah benci kat dia, tau?”

“Iyeke?” Aku buat muka sedih.

“Kau confess aje kat dia.. Senang cerita..”

“Maaf cadangan di tolak.”

“Macam manalah kau orang nak hidup.. Masing-masing tak berani,
masing-masing tunggu sorang, sorang tunggu sorang.... Bila nak ‘on’ nye?”

Aku tepuk bahu Rita kuat. Rita menyeringai kesakitan tetapi aku tak
peduli.

“Aku perempuan! Mestilah dia yang mulakan!” Ucap aku terus keluar
daripada bilik. Sejak aku dan Rita berbaik-baik, aku masuk semula ke
bilik A1.40.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience