Bab 8

Drama Series 2798

Setelah seminggu menjalani hari-hari terakhir persekolahan, Riyana menunggu keputusan SPM sambil bekerja sambilan di kedai bunga milik ibunya. Pelanggan yang datang sentiasa membeli dalam jumlah yang besar, stok dikedai juga cepat habis. Riyana sentiasa sibuk menghias bungkusan bunga yang ditempah oleh pelanggan.
"Haih.. penatnya.", Riyana mengeluh.
"kesiannya dia.. aku urutkan kau ye.", kata Lisa yang turut bekerja bersamanya.
"terima kasih wahai Lisa. Nasib baiklah kau kerja kat sini, dapatlah aku merasa kena urut dengan kau." kata Riyana dan mereka pun tertawa bersama.
~Now Im calling you, Calling you~~
Telefon Riyana berdering, Riyana segera menjawab panggilan yang masuk.
"Hello ini Riyaz Boutique! Boleh saya bantu?", Riyana berkata dengan nada ceria sekali.
"Cik, bunga yang cik hantar ni layu! apa cite ni, cik!",kata pemanggil dengan nada marah.
"Maaf, Encik. Saya minta maaf diatas kecuaian pekerja saya, boleh Encik beritahu nama encik? Saya akan periksa alamat encik untuk saya tukar bunga tersebut.", Riyana berkata dengan sopan agar pelanggannya bertenang.
Setelah memberitahu namanya pemanggil tersebut menamatkan panggilan. Riyana segera menyiapkan bunga baru untuk ditukarkan kepada pelanggan tadi. Riyana menghantar sendiri menaiki keretanya bersama Lisa.
Tiba sahaja di lokasi tersebut, Riyana berasa hairan namun dia menafikan kata hatinya lalu menekan loceng rumah itu. Pembantu rumah segera keluar dan menjemput Riyana dan Lisa untuk masuk.
"Happy birthday to you, Riyana~?", kata seseorang yang memakai kostum koala sambil memegang kotak hadiah berdiri dihapannya.
"eh.. macam mana tahu nama saya pula ni? Encik salah orang ni.. Saya penghantar bunga dari Riyaz boutique, encik.", kata Riyana yang kehairanan.
"Saya tak pernah salah oranglah. Ambil hadiah ni dulu.", kata lelaki itu lalu meletakkan kotak hadiah tersebut dihadapan Riyana. "Buka."
"Saya..?", kata Riyana lalu dia membuka kotak tersebut. Terdapat kotak musik yang mempunyai ukiran nama Riyana.
"Saya tak pernah lupa barang kesukaan awak.. Maaf sebab datang lambat.", kata lelaki itu lalu membuka kostum koala nya. Ternyata Rafiq sengaja ingin membuat kejutan buat Riyana kerana dia sering lupa dengan tarikh lahirnya sendiri.
"Awak.. Rafiq, terima kasih sangat! Awak tak pernah lupa.", Riyana terharu dengan pemberian Rafiq namun dia hanya tersenyum ceria lalu memeluk Lisa.
"Haih.. kalaulah esok juga saya bole kahwin dengan awak. Dah lama dah halal." keluhan Rafiq membuat mereka bertiga tertawa.
"kenapa awak balik tak cakap? Bolehlah saya tunggu awak kat lapangan terbang macam cerita korea tu.", usik Riyana.
"Yelah.. tak habis lagi dengan drama dia tu kan?", kata Rafiq lalu mengusap kepala Riyana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience