Bab 6

Drama Series 2798

Semakin hari Riyana semakin rapat dengan Rafiq, hatinya sentiasa berbunga- bunga apabila bersama Rafiq. Sudah dua minggu mereka berpasangan, walaupun pada mulanya ia adalah satu paksaan bagi Riyana namun keikhlasan cinta Rafiq amat jelas. Disekolah Riyana tidak banyak berjalan, dia hanya duduk memegang perut. Semasa waktu rehat, Lisa yang sedar akan keadaan Riyana segera menegurnya.
"Riyana? awak okay tak ni?",kata Lisa sambil mengusap badan belakang Riyana.
"Aku.. senggugut.. kau ada minyak tak, Lisa?", tanya Riyana yang sedang menahan sakit.
"ah.. patutlah.. tapi aku tak ada minyak. Kau nak apa-apa tak? aku belikan kat kantin.", kata Lisa yang risau akan keadaan rakannya.
"Aku lapar.. kau tolong belikan aku roti ye?"
"Boleh.. kau rehat je kat sini, tau?", kata Lisa sambil memegang tangan Riyana. Riyana mengangguk kepala lalu tersenyum.

Sebaik sahaja Lisa keluar dari kelas, Rafiq menegurnya dengan wajah kehairanan.
"Mana Riyana? Kenapa kau keluar sorang?", kata Rafiq.
"Ha! kau ada minyak tak?", soal Lisa.
"Ada. Kenapa? dia sakit ke?", soal Rafiq yang sudah gelisah.
"Ha, kau bagi kat dia. Dia sakit perut tu, senggugut.", kata Lisa kemudian berlalu pergi.
"Straightforward betul minah ni." kata Rafiq lalu segera masuk ke kelas Riyana. Riyana yang hanya berseorangan dikelas menimbulkan rasa risau dihati Rafiq. "Awak?", Rafiq menegur Riyana.
"Awak.. saya senggugut dan tak ada mood, awak pergilah. saya tak nak termarah awak.", kata Riyana sambil memandang kearah Rafiq. Mata mereka memandang satu sama lain.
"saya ada minyak ni, pakailah." kata Rafiq lalu mengalihkan pandangan matanya, muka Rafiq kemerahan menahan malu.
"Terima kasih. Sayang awak.", Kata Riyana lalu tersenyum melihat Rafiq yang tersipu malu.
Rafiq mengucapkan selamat tinggal apabila Lisa masuk, tetapi sebelum Rafiq pergi dia mengusap kepala Riyana dan tersenyum manis.
"Haih.. ni yang benci jadi single ni.", Lisa mengeluh sebaik sahaja Rafiq pergi. Riyana tertawa kecil mendengar keluhan Lisa
"Tulah kau, standard tinggi sangat. Nak yang macam Lee Min Ho, mana nak cari Lisa oiii..!", Kata Riyana sambil menepuk bahu Lisa.
"Ish biarlah, aku high level gitu. Kau apa tahu?", Kata Lisa lalu berpeluk tubuh seakan- akan merajuk.
"Haih.. jawabnya aku kahwin dulu lah ni?", usik Riyana.
"Ish gatal!", kata Lisa lalu mereka ketawa bersama.
"Dahlah, jom makan.", kata Riyana lalu mencapai roti yang dibeli Lisa. Kemudian, Lisa turut makan mee yang dibelinya.

------Waktu Balik-------
Seperti biasa Riyana menunggu Rafiq untuk pulang bersama, namun perutnya yang begitu sakit membuatkan Riyana terus pulang tanpa menunggu Rafiq. Aliyah yang melihat kelakuan Riyana segera berlari masuk ke sekolah semula untuk bertemu Rafiq.
"Rafiq, Jom balik sama-sama!", sapa Aliah sambil tersenyum malu.
"Eh, aku balik dengan Riyana. So kau tak payah sibuk.", kata Rafiq.
"Tapi Riyana dah balik dulu.", Aliah menunjukkan wajah sedih.
"Kalau macam tu, aku balik sorang.", kata Rafiq lalu berjalan meninggalkan Aliah.
"Alah Jomlah~", kata Aliah dengan suara manjanya. Teman- teman Rafiq juga tidak mengendahkan kelakuan Aliah yang gedik itu.
"Kau tak paham bahasa ke apa? kau takde kaki ke nak jalan sendiri? kau tak payah mengada lah, aku menyampah tahu tak?", kata Rafiq sambil merenung tajam mata Aliah, Aliah segera terdiam.
Rafiq hanya berlalu pergi bersama temannya tanpa menoleh sedikit pun untuk melihat Aliah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience