Bab 7

Drama Series 2798

"Riyana! bangun, sekolah..! Anak.. anak..", Pn. Melissa memanggil anaknya untuk bangun.
"Ye ibu.. dah bangun ni..", Riyana mengeliat lalu duduk. Pn. Melissa hanya mengeluh melihat anaknya.
"Cepat siap, hari ni kan hari terakhir sekolah. Ibu dah bungkuskan biskut yang kamu buatkan untuk rakan sekelas kamu.", kata Pn Melissa lalu berjalan keluar.
"wahh.. terima kasih ibu. Ibu lah yang paling cantik dalam rumah ni~", puji Riyana.
"Dah lama tahu. Dah siap cepat!", balas Pn. Melissa.

--------------Selesai Bersiap----------

"Ibu."
"Amboi.. siap pakai minyak wangi lagi.",kata Pn Melissa yang sedang bersarapan.
"hehe Riyana pergi dulu ya, ibu. Takut lambat.", Kata Riyana lalu mencapai beg yang berisikan biskut yang dibuatnya lalu bersalaman dengan ibu dan ayahnya.
"Kawan kamu pun dah tunggu diluar tu. Hati-hati ke sekolah tu.", kata ayahnya.
"Kawan?", Riyana kehairanan lalu berjalan keluar.
" Dah siap? Jom pergi sekolah sama-sama.", kata Rafiq yang sedang duduk diatas motor.
"Oh. Kenapa ni? tiba-tiba je nak pergi sama-sama."
"Hari ni kan hari terakhir. Kita kenalah melewatinya bersama, tak gitu?", kata Rafiq lalu membantu Riyana memakai topi keledar. Riyana tersenyum melihat Rafiq yang sangat menyayanginya.
"Pegang elok-elok. Walaupun saya tak bawa laju.", kata Rafiq. Riyana meletakkan tangannya dibahu Rafiq sahaja.

Sebaik sahaja tiba di sekolah, mereka pergi ke kelas masing- masing. Dikelas, Riyana memberikan biskut yang dibuatnya kepada rakan sekelasnya. Mereka saling bertukar-tukar hadiah untuk mengingati satu sama lain.
Riyana yang sedang melihat ke luar tingkap tersenyum sendiri.
"Untunglah ada boyfriend, dapat hadiah. Bukalah, bukan main malu-malu lagi tadi dia. Siap bagi amaran jangan bagi orang lain tengok lagi! haih!", kata Lisa lalu duduk dikerusinya sambil tertawa kecil. Riyana hanya merenung tajam kearah Lisa.
"Apa bendalah ni..", bisik hati Riyana. Riyana membukanya dan tersenyum manis. Ternyata Rafiq menghadiahkannya rantai kunci berbentuk dreamcatcher yang sangat disukai Riyana. Gabungan warna biru dan ungu yang merupakan warna kegemaran mereka, membuatkan Riyana rasa terharu.
"Uishhh apa tu? cantiknyaa!!", kata Lisa yang tiba-tiba muncul disebelahnya Riyana.
"Cantik, kan? Ini gabungan warna kesukaan aku dengan dia. Sweetnya dia ni..", kata Riyana lalu menyimpan hadiah itu didalam beg sekolahnya.

----di kelas Rafiq----
'Dia dah buka ke belum ye?', bisik hati Rafiq. Rafiq memegang hadiah yang diberikan Riyana sebelum mereka masuk ke kelas, lalu dia membukanya.
" Wah.. cincin.. couple..?", Rafiq terkejut dengan cincin yang diberi Riyana. Dia cuba memakainya, ia padan dengan saiz jarinya. 'Tak sangka dia pun sweet juga, ingatkan nerd je. Comel!', bisik hatinya.
Dia tersenyum sendiri sambil melihat ke luar tingkap, langit biru dan burung yang berterbangan seakan mengetahui suasana hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience