Bab 4

Drama Series 2798

Beberapa minggu selepas peperiksaan SPM berlangsung, Riyana dan rakan sekelasnya hanya membuat hal sendiri kerana mereka tidak lagi mempunyai aktiviti kelas.
Semasa Riyana sedang berjalan menuju ke tandas perempuan, seseorang menegurnya dari belakang.
"Ri.Ya.Na. Hai. ",tegur Rafiq lalu berdiri dihadapan Riyana.
"Kau nak apa, gila?",marah Riyana dengan rasa menyampah.
"eh.. dah nak habis sekolah dah awaknya.. tak payahlah garang sangat. Ambil kertas ni and baca. Aku tunggu kau balik sekolah nanti, ye?", pesan Rafiq lalu memasukkan sekeping didalam poket baju Riyana.
"Hey!",tidak sempat menghalang Rafiq dia sudah berlalu pergi. "apa lagilah mamat ni!", keluhnya lalu menuju ke tandas.
Didalam tandas, Riyana membaca surat yang diberi Rafiq. Terkejut Riyana melihat mesej Rafiq.
'Aku nak kau jadi girlfriend aku. Tpi, aku tak terima tidak sebagai jawapan. so, you already my girlfriend bila kau baca surat ni.'
"Walaweii.. mamat ni psiko ke apa? suka hati dia je tag aku ni girlfriend dia!",Riyana meluahkan rasa tak puas hatinya lalu merenyukkan surat Rafiq.
"wah.. ini ke minah yang si Rafiq tuh asyik usha (ngurat) je?",kata seorang perempuan yang masuk ke dalam tandas itu bersama dua orang rakannya.
"Aah Aaliah! sukalah minah tu!",kata seorang rakannya sambil melipat lengan bajunya.
"bak aku tengok surat tuh!", kata gadis yang dipanggil Aaliah itu lalu merampas surat dari tangan Riyana.
"Kau ni siapa?", Kata Riyana sambil berundur sedikit apabila Aaliah menghampirinya.
"heh! aku siapa? Aku ni yang sepatutnya jadi girlfriend dia, bukan kau! Dahlah tak lawa, comot pastu ada hati pula nak buat-buat jual mahal kat Rafiq tuh!",kata Aaliah lalu menolak Riyana sehingga terduduk.
"Eleh, nak pura-pura lemah lah tu!",kata seorang rakannya lagi.
"Cikgu, ni haa ada budak nak gaduh!!",suara seseorang menjerit dari luar menyebabkan Aaliah terhenti lalu menolak Riyana keluar dari tandas.
Riyana keluar dengan wajah terpinga-pinga, Lisa yang berada diluar segera menarik tangan Riyana lalu menuju kekelas mereka.
"Fuh.. selamat..",kata Lisa sambil mengeluh lega.
"Thanks Lisa. Aku tak tahu apa masalah minah tu.",kata Riyana lalu duduk dikerusi sebelah Lisa.
"Aku pun tak tahulah kenapa dia kacau kau, tapi.. yang aku dengar ramai kata minah tuh selalu nak usha si Rafiq mamat yang kau kata annoying tuh tapi xpernah dapat. Kau ada apa-apa ke dengan mamat tuh?", kata Lisa.
"Amboi..hm takdelah. mamat tuh ha tiba-tiba declare yang aku ni girlfriend dia. Apa masalah dia entah.", luah Riyana sambil melukis-lukis diatas buku notanya.
"Apa??!! kau girlfriend dia?!"
"Woi! janganlah cakap kuat-kuat, gila!" kata Riyana lalu menarik Lisa untuk duduk semula dikerusinya.
"seriouslah wey?"
"aku tak nak dok! dia yang tulis statement kat surat and bagi aku. Dia kata yang dia takkan terima jawapan tidak.",keluh Riyana.
"Bila fikir balikkan.. dulu kau yang tergila-gila kat dia, ni dah nak habis sekolah.. dia pula yang gilakan kau!",kata Lisa sambil menepuk bahu Riyana.
"ah.. malaslah aku nak fikir. Aku dah lama putus asa hm.", ucap Riyana lalu melentokkan kepalanya pada bahu Lisa.

--skip masa--

Tamat waktu persekolahan, seperti biasa Lisa akan pulang dahulu sementara Riyana terpaksa menunggu Rafiq.
"Hai, tunggu saya?",kata Rafiq sambil mengusap kepala Riyana.
"eh apa ni! Kau yang suruh aku tunggu okay!",kata Riyana lalu menjauhkan diri dari Rafiq.
"eh.. kenapa nak panggil kau aku lagi? kenalah panggil awak dan saya. kalau nak lagi sweet, Sayang ke B ke.. So, nak mana?", kata Rafiq lalu menarik Riyana supaya lebih dekat dengannya.
"tak payahlah! Aku tak cakap apa-apa lagi tau! Kau sape nak paksa-paksa aku?",marah Riyana lalu menolak Rafiq.
"aww.. Korang semua dengar sini!! Dia ni, awek aku! Kalau ada sesiapa yang kacau dia.. tahulah akibatnya nanti!", Kata Rafiq dengan nada yang kuat agar pelajar lain mendengarinya. Riyana pula menepuk kepala Rafiq, "ouch!"
"eh awak buat apa ni?",kata Aaliah yang tiba-tiba muncul disebelah Rafiq. Riyana dan Rafiq segera menoleh kearah Aaliah dengan wajah hairan.
"Ha.. Kau dengar ni eh Aaliah.. dia ni girlfriend aku. Kalau kau usik dia, aku akan pastikan kau menyesal.", Kata Rafiq lalu menarik Riyana kearah motor Riyana. "Awak balik ye, ni nombor telefon saya. jangan berani buang, kalau tak saya datang rumah awak."
"Tapi..",sebelum sempat Riyana berkata-kata Rafiq telah berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience