bab 2

Drama Series 2798

Keesokan harinya, Riyana bertemu lagi dengan lelaki itu. Kali ini, lelaki itu tidak memandang wajahnya tetapi dia melanggar bahu Riyana dengan amat kuat. Terjatuh Riyana dibuatnya namun Edry sekali lagi berada berhampiran dengannya. Riyana yang sudah terduduk segera dibantu Edry. Walaupun berasa hairan dengan kehadiran Edry, Riyana mendiamkan sahaja persoalan itu.
"Thanks again. Semalam awak tolong saya, hari ini pun awak tolong saya lagi. Susahkan awak sahaja.", ujar Riyana lalu berdiri semula.
"Benda berlaku depan mata, takkan saya nak berdiam diri,kan? Lagipun, apa masalah mamat tu sebenarnya?", jelas Edry.
"Hehe.. tapi, kalau saya tahu masalah mamat tu, tak adalah saya nak diam sahaja.", kata Riyana.
Edry hanya mengangguk dan mereka masuk ke kelas bersama. Lelaki yang melanggar Riyana tadi berhenti lalu memandang Riyana dan Edry yang sudah beransur pergi.
---------------------------------
Apabila tiba waktu rehat, Riyana pergi ke kantin bersama rakan baiknya,Lisa. Persahabatan mereka sudah terjalin selama 7 tahun membuatkan pelajar lain menganggap mereka adalah 'kembar' kerana mereka juga mempunyai wajah yang hampir serupa.
"Riyana, cuba kau tengok si Edry tu. Dari tadi dok tenung-tenung kau. Apa masalah dia? Rabun ke? Aku yang cantik ni dia tak pandang pula?", ujar Lisa dengan perasaan cemburu.
"Alah.. kau ignore jelah.. dia tu banyak kali tolong aku setiap kali mamat annoying tu kacau aku. Aku pun pelik sebenarnya.", jelas Riyana yang meluahkan kehairanannya.
"Mungkin dia tu stalker tak? Ish..Menakutkan je.",ujar Lisa sambil menunjukkan gaya kegelian.

Riyana tertawa melihat reaksi Lisa walaupun pada masa yang sama dia juga risau tentang keselamatan dirinya. Namun selagi tiada yang melampaui batasan dia tidak akan bertindak dahulu. Mereka terdiam memikirkan perkara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience